berita

Kpop Star Hunt Musim Ke-3 Kembali Lagi!

September 11th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Scoot-K-Pop-Star-Hunt-3-11

Anda peminat muzik k-pop, suka menari dan pernah bermimpi untuk menjadi salah seorang bintang K-pop?

Ayuh realisasikan impian anda dengan menyertai pertandingan Kpop Star Hunt musim ke-3 sekarang!

Bagaimana caranya? Mudah sahaja, hanya ikuti 5 langkah mudah seperti di bawah :

  • Rakam persembahan tarian atau nyanyian anda berkaitan dengan muzik k-pop.
  • Muat naik video di laman YouTube.
  • Copy link video di YouTube dan muat naik ke laman web rasmi Kpop Star Hunt untuk memulakan penyertaan.
  • Lengkapkan borang penyertaan.
  • Lawati Facebook Channel M. Asia bagi mengesahkan penyertaan anda.

Kpop Star Hunt

Penyertaan dibuka untuk mereka berusia 15 hingga 29 tahun dan tarikh tutup penyertaan pada 19 September 2013.

Pihak penganjur turut mengadakan ujibakat secara terbuka pada 21 September 2013 di pusat membeli belah Berjaya Times Square, Kuala Lumpur bermula dari 11 pagi hingga 1 tengah hari.

Yang pastinya 2 peserta akan dipilih mewakili Malaysia untuk memasuki perlawanan akhir Kpop Star Hunt musim ke-3. Sebarang maklumat lanjut, sila layari www.kpopstarhunt.com

Apa pun, jom layan beberapa video menarik para peserta Kpop Star Hunt musim ke-3 selepas ini. Semoga terhibur!

http://www.youtube.com/watch?v=vy_n0FinkgQ#t=29

SKIP THIS AD ×