Penyanyi popular Indonesia, Kris Dayanti bakal mengubat rindu peminatnya apabila muncul dengan sebuah konsert khas ‘Konsert Cinta Nostalgia Krisdayanti’ yang bakal berlangsung 22 Jun ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kris Dayanti Tak Ada Niat Tenggelamkan Liza Aziz, Berlaku Salah Faham Teknikal – ‘Jangan Marah Saya’
Artikel Berkaitan: Krisdayanti Bayar Yuran Mahal Untuk Dua Anak, Kantin Sekolah Jadi Tumpuan Ramai – ‘Menu Makanan Mewah & Tak Boleh Jual Jajan’
Selepas 8 tahun
Kris Dayanti atau mesra disapa KD, merupakan antara penyanyi dari seberang yang kekal menjadi buah hati peminat di negara ini sejak mula mencuri perhatian dengan kelunakan suaranya lebih tiga dekad lalu.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Kewangan Jaguh Baru Sdn Bhd, Isa A Rani berkata, konsert berkenaan akan menampilkan pengarah muzik terkenal Indonesia, Erwin Gutawa.
Kami sangat berbangga untuk mempersembahkan diva dari Indonesia, Kris Dayanti yang terus mekar dan menjadi buah hati peminat di negara ini sejak sekian lama.
Konsert ini juga pasti dinantikan ramai setelah lama Kris Dayanti tidak muncul dalam skala persembahan konsert di negara ini.
Konsert ini juga sebagai kesinambungan dan reportoire yang sangat dekat di hati penonton kedua-dua buah negara.
Ubat rindu peminat
View this post on Instagram
Malam yang bakal dipenuhi dengan momen dan rasa cinta itu akan mengubat rindu peminat selepas KD kali terakhir muncul dengan konsertnya di Malaysia pada 2017 menerusi Konsert Romansa Kris Dayanti
Bagi KD, Konsert Cinta Nostalgia Kris Dayanti sangat istimewa untuk dirinya terus menjalinkan rasa cinta dan kasih sayang yang berputik sejak sekian lama dengan peminat di Malaysia khasnya yang tidak pernah jemu menyokong kerjaya seni bintang juara program realiti Asia Bagus 1992 itu.
Saya akan membawa penonton mendengar dan kembali mengingati lagu-lagu yang penuh nostalgia cinta diiringi pemuzik di bawah pengarah Erwin Gutawa.
Saya akui bertuah kerana terus disayangi dan diterima baik dan saya berharap terus mendapat sokongan anda semua hadir pada malam Konsert Cinta Nostalgia Kris Dayanti nanti.
Saya juga berharap bukan saja peminat daripada Malaysia hadir, malah peminat Indonesia yang berada di negara ini turut sama-sama memberi sokongan.
Mempunyai deretan lagu hits yang sentiasa menjadi siulan peminat, malam Konsert Cinta Nostalgia Kris Dayanti pastinya bakal menjadi kisah cinta agung dan kenangan terindah antara KD dan para peminatnya.
Terdahulu, penampilan KD baru-baru ini di pentas akhir program realiti Gegar Vaganza 11 juga ternyata mencuri perhatian peminat di Malaysia dengan dirinya yang sentiasa anggun meskipun bakal memasuki usia lima siri pada Mac ini.
Untuk info, butiran tiket dan tempahan boleh dibuat melalui UberTickets bermula 23 Februari.
Konsert Cinta Nostalgia Kris Dayanti yang dibawakan oleh JBProduction itu bakal menemui peminat pada 22 Jun 2025, jam 9 malam di Axiata Arena, Bukit Jalil.