berita

Krisdayanti Akan Tukar 10 Persalinan Di Konsert Sabtu Ini

November 19th, 2014 | by Ai
Kini Trending

Kris Dayanti-4

Tinggal tiga hari sahaja lagi untuk menyaksikan persembahan Krisdayanti secara live di Kuala Lumpur Sabtu ini.

Bagi kebanyakan penyanyi, waktu yang semakin suntuk ini membuatkan mereka gementar dan sukar untuk fokus. Termasuklah KD yang mengakui dirinya nervous apabila tarikh konsert bakal menjelang tak lama lagi pada 22 November 2014 bertempat di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Tipu jika saya katakan saya tidak gementar. Sudah lama saya impikan konsert sebesar ini. Impian saya bakal terlaksana. Insya-Allah dan kini saya sedang giat melakukan latihan.

Kris Dayanti-1

Buat pengetahuan anda yang telah membeli tiket, KD tidak menyanyi solo sebaliknya menjemput Hafiz Suip dan anak perempuannya, Aurel sebagai teman duet.

Tambahan pula saya bakal digandingkan dengan Hafiz, penyanyi top Malaysia. Yang saya pasti punyai keistimewaan tersendiri. Saya juga akan berduet dengan Aurel, anak saya jadi mereka ini semestinya mempunyai stamina yang luar biasa. Selain itu, saya akan tampilkan beberapa kejutan dan juga bakal memperagakan lebih 10 persalinan untuk konsert ini.

Kris Dayanti-3

Bagi yang teringin nak pergi tapi belum membeli tiket, anda boleh mendapatkannya dengan harga RM98 (Bronze), RM188 (Silver), RM328 (Gold), RM428 (Diamond), RM528 (Platinum), RM888 (VIP) dan RM1088 (VVIP) di Ticket Charge.

Tiket-tiket juga boleh didapati di outlet Speedy Video serata Malaysia, Neway Karaoke Box, Rock Corner, Celcom Blue Cube, Victoria Music Center, KL Life Centre, Cambers Music, Loud & Clear dan PJ Live Arts.

Apapun, jom tengok foto-foto KD berlatih vokal dengan Aurel di bawah ni. Comel sangat anak-beranak ni macam best friends.

SKIP THIS AD ×