berita

Selepas 5 Tahun Bercerai, Krisdayanti Kesal Kisah Lama Dengan Anang Masih Diperkatakan

April 1st, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Sidang Media Minggu Setiausaha (Awi Rafael, Noryn Aziz, Krisdayanti)-5

Kira-kira lima tahun lalu, pasangan yang suatu ketika dulu popular di Indonesia, Krisdayanti dan Anang Hermansyah disahkan bercerai tiga hari sebelum umat Islam menyambut Ramadhan.

Dari apa yang dilaporkan media, Anang khabarnya tidak tahan dengan kecurangan Krisdayanti atau lebih mesra disapa KD yang mana pada ketika itu sedang bercinta dengan usahawan dari Timor Leste.

Beberapa tahun selepas bercerai, KD akhirnya mendirikan rumahtangga sekali lagi dengan usahawan berkenaan yang dikenali sebagai Raul Lemos pada 2011.

Screen Shot 2014-04-01 at 12.07.25

KD dan suaminya, Raul Lemos sewaktu bercuti di Paris

KD kini bahagia di samping suami tercinta bersama dua orang anak hasil perkahwinan keduanya biarpun masih terpalit kontroversi lama.

Untuk pengetahuan anda, KD pernah terasa dengan tindakan Ahmad Dhani yang membangkitkan semula kisah lamanya di khalayak ramai sewaktu program Indonesian Idol sedang berlangsung beberapa hari lepas.

Kelmarin terjadi di Indonesian Idol, Ahmad Dhani menjadikan gurauan tentang affair. Setelah empat tahun masalah telah berlalu, saya fikir itu sangatlah tidak elok. Saya sampaikan rasa tidak senang itu kepada suami dan dia menegur secara langsung kepada Ahmad Dhani.

Kami kan sudah memliki anak-anak yang menganjak dewasa, mereka menonton sebuah acara yang besar dan itu tidak baik. Mengapa kita sebagai orang tua tidak mahu bijaksana untuk menyedari kesalahan dan berbuat yang terbaik untuk masa depan. Tidak perlu lagi bicara yang tidak baik. Tapi di sebalik itu, Ahmad Dhani sudah meminta maaf.

Sidang Media Minggu Setiausaha (Awi Rafael, Noryn Aziz, Krisdayanti)-29

Dalam pada itu, KD yang ditemui sewaktu majlis Sidang Media Minggu Setiausaha di Putrajaya semalam memberitahu dirinya akur dengan pandangan negatif sesetengah masyarakat terhadapnya.

Mungkin banyak masyarakat yang berharap saya tidak boleh tampil salah. Tetapi saya manusia biasa yang kadang-kadang melakukan kesalahan tapi saya harap janganlah membenci sesuatu jika mereka tidak tahu.

Saya bukan orang yang mudah berkecil hati atau mudah tersinggung. Saya selalu berpendapat positive thinking adalah ubat yang paling mujarab di kala hati saya sedih. Jadi, kalau orang membuli atau menjelekkan saya dengan kata-kata yang tidak baik, saya bukan tidak peduli, saya mendengar. Alhamdulillah, dosa saya ada yang ambil dengan mereka menduga saya seperti itu. Saya tidak kecil hati. Nanti jika saya kecil hati, saya marah, muka saya jelik, saya yang rugi.

Bagaimanapun segala kontroversi yang melanda dirinya tidak pernah membuatkan diva pop ini terfikir untuk meninggalkan industri kerana beranggapan dirinya sendiri yang akan rugi.

Saya rasa saya tidak membuat onar yang jelik kerana itu sudah takdir, perpisahan saya dengan Anang itu juga sudah takdir. Kelahiran anak saya yang ketiga dan keempat ini juga takdir. Cuma bagaimana prosesnya lahir, dengan bertemunya saya dan Raul itu, hanya Allah yang memiliki cerita dan takdir untuk kita.

Screen Shot 2014-04-01 at 12.06.50

Anak-anak KD rapat walaupun berlainan bapa

Biarpun hubungannya dengan Anang sudah berantakan, namun KD bersyukur kerana bekas suaminya itu kini dipertemukan seorang isteri yang boleh menjadi orang tengah di dalam beberapa hal.

Saya biasa sahaja, cuma kadang-kadang saya melihat keanehan pada Anang kerana ada beberapa kali seperti saya datang melihat anak saya operation, nampak seperti Anang tidak senang. Tapi syukur Alhamdulillah, Anang menemukan isteri yang bisa berkomunikasi baik dengan saya, jadi saya kalau ada apa-apa langsung ke Ashanti.

Dalam pada itu, diva popular ini juga melahirkan rasa bangganya bergelar ibu kepada empat orang anak walaupun sibuk dengan kerjaya sebelum ini.

Anak-anak membuatkan saya berbangga menjadi perempuan saat bergelar ibu. Yang membuatkan saya bangga bukan menjadi penyanyi yang dikenali di Malaysia, tapi ibu yang melahirkan empat anak itu yang menjadi keutamaan. Saya bisa kembali berkecimpung dalam dunia tari suara dengan izin dari suami. Jika tidak mendapat kebenaran suami, hatinya tidak tenang untuk bekerja.

Untuk makluman, KD bakal membuat persembahan pada malam minggu setiausaha yang akan berlangsung di PICC pada 17 April 2014.

Demi mengubat rindu peminatnya di Malaysia, KD akan menyanyikan beberapa lagu popularnya seperti Menghitung Hari, Cobalah Untuk Setia, Pilihlah Aku, Aku Wanita Biasa, Mencintaimu, Cinta, Tanpamu selain bakal mendedikasikan sebuah lagu khas untuk MH370.

SKIP THIS AD ×