berita

Krisdayanti, Mulan Jameela Kini Bergelar Ahli Parlimen Di Indonesia

October 1st, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Hari ini merupakan detik bersejarah bagi negara jiran, Indonesia apabila seramai 575 anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) mengangkat sumpah sebagai anggota parlimen negara itu bagi penggal 2019-2024.

Namun apa yang menariknya kali ini, dalam kalangan 575 anggota DPR itu, seramai 14 orang merupakan dari kalangan selebriti dan ia termasuklah dua artis yang cukup terkenal dari kalangan rakyat Malaysia sendiri iaitu Krisdayanti dan Mulan Jameela.

Menang pilihan raya

Menurut laporan Kosmo, Krisdayanti, 44, dan Mulan Jameela yang berusia 40 tahun telah memenangi pilihan raya Indonesia pada 17 April lalu. Masing-masing mewakili ahli DPR Jawa Timur V dan Jawa Barat XI.

Krisdayanti telah bertanding sebagai calon Partai Demokrasi Indonesia-Perjuangan (PDI-P), manakala Mulan, yang juga merupakan isteri kepada artis Ahmad Dhani bertanding sebagai calon Partai Gerakan Indonesia Raya.

Angkat sumpah bermula sejak 10 pagi

Sementara itu menerusi laporan Bernama, proses angkat sumpah yang sudah bermula sejak 10 pagi tadi dilakukan di hadapan Ketua Mahkamah Agung, Prof. Dr. H. M. Hatta Ali, di bangunan parlimen Indonesia.

Antara artis-artis lain yang turut mengangkat sumpah adalah Eko Hendro Purnomo, Desy Ratnasari, Dede Yusuf Macan Effendi, Tommy Kurniawan, Primus Yustisio, Rieke Diah Pitaloka, Arzeti Bilbina, Rano Karno, Nurul Arifin, Farhan, Rachel Maryam Sayidina dan Nico Siahaan.

Manakala Jokowi yang turut hadir pada majlis itu, dijadual mengangkat sumpah sebagai presiden Indonesia untuk penggal kedua pada 20 Oktober ini.

Sumber: Kosmo, Bernama

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×