berita

Kritik Kerajaan Isu Uighur, Peminat Arsenal China Mengamuk Bakar Jersi Ozil

December 17th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Heboh di media sosial apabila bintang bola sepak antarabangsa Mesut Ozil telah meluahkan pendapat berkenaan isu etnik Uighur di Xinjiang, China. Dia telah memuat naik satu kenyataan di Twitter dengan mengkritik negara Muslim kerana gagal bersuara membantah kekejaman tersebut.

Menerusi The Guardian, peminat Arsenal di China telah melakukan demonstrasi dengan membakar jersi pasukan tersebut atas tanda bantahan terhadap kenyataan Ozil.

Al-Quran dibakar, masjid ditutup

Al-Quran dibakar, masjid ditutup, sekolah muslim diharamkan. Ulama dibunuh satu per satu. Saudara se-Islam dihantar ke Kem. Muslim tidak bersuara, suara mereka tidak kedengaran.

Kenyataan Ozil ini mencetus kemarahan rakyat China kerana beranggapan bahawa Ozil merupakan seseorang yang berpengaruh dengan mempunyai pengikut sebanyak 4 juta telah dibayangi dengan ‘berita palsu’.

Jersi Ozil dibakar

Ekoran dengan itu, peminat-peminatnya di China mula mebuang koleksi jersi pemain tersebut atas tanda tidak setuju. Mereka beranggapan bahawa Ozil tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sebegitu sebagai bintang bola sepak.

Korang tahu apa yang terjadi pada peminat Arsenal di China? Mereka semua tidak sangka yang idola mereka akan mengeluarkan kenyataan yang sebegitu. Sebagai seorang peminat bola sepak di China, saya begitu kecewa.

Tak boleh ke dia hanya fokus pada bola sepak? Dia sebagai bintang bola sepak tidak sepatutnya keluar kenyataan sebegitu.

Ramai peminat menyokong tindakannya

Rata-rata peminat setia Ozil setuju dengan pendapatnya. Mereka semua sokong tindakan berani bintang bola sepak itu supaya dapat membuka mata dunia dengan konflik yang berlaku di China.

Sumber: The Guardian

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×