berita

Ku Nan Didapati Bersalah Terima Rasuah RM2 Juta Selepas Sehari Rai Majlis Kahwin ‘Drive-Thru’ Anak

December 21st, 2020 | by Aizzat
Kini Trending

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Mansor didapati bersalah atas pertuduhan menerima rasuah RM2 juta atas pertuduhan daripada seorang ahli perniagaan empat tahun lepas.

Hakim Mahmakah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamed Zaini Mazlan menjatuhkan sabitan itu sambil Tengku Adnan melihat dari kandang tertuduh semasa prosiding terbuka pagi ini.

Wang diterima daripada ahli perniagaan

Sekadar gambar hiasan

Menurut laporan yang dipetik dari Bernama, Mahkamah memutuskan pendakwaan berjaya membuktikan kesnya melangkaui keraguan munasabah terhadap Tengku Adnan, yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-70 semalam.

Tengku Adnan, atau lebih dikenali sebagai Ku Nan, didakwa dalam waktunya sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan, telah menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta. Wang yang diterima itu daripada ahli perniagaan Tan Sri Chai Kin Kong yang juga Pengarah AKSB, dan diterima melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik AKSB. 

Terdahulu, pada 7 Disember, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberikan Tengku Adnan pelepasan yang tidak dibebaskan (DNAA) dalam satu lagi kes rasuah bernilai RM1 juta. 

Ku Nan didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara di Kuala Lumpur pada 14 Jun 2016, mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

10,000 orang hadir majlis perkahwinan ‘drive-thru’ anak Ku Nan

Foto: Tengku Adnan Tengku Mansor

Semalam, Ku Nan mengadakan majlis perkahwinan anak lelakinya, Tengku Muhammed Hafiz. Uniknya, majlis perkahwinan tersebut dianjurkan secara pandu lalu dengan menerima kehadiran tetamu secara singgah bagi menyaksikan perkahwinan anaknya di Oceane Alagia, Putrajaya.

Sementera itu, tetamu yang berada di sepanjang majlis tersebut hanyalah ahli keluarga terdekat pengantin lelaki dan perempuan. Menerusi satu perkongsian yang dimuatnaik oleh Ku Nan di Facebook, lebih 10000 kenderaan singgah menyaksikan majlis kahwin anaknya itu. 

Terima kasih semua kerana memahami dan mematuhi semua prosedur yang dibuat dengan kehadiran secara pandu lalu sahaja tanpa perlu turun dari kenderaan. Saya dan keluarga amat bersyukur dan menghargai sokongan anda semua. Terima kasih.

Beliau turut menyatakan rasa syukur dan berterima kasih atas sokongan orang ramai, sebelum didakwa bersalah atas menerima rasuah sebanyak RM2 juta.

Sumber: Bernama, Tengku Adnan Tengku Mansor.

SKIP THIS AD ×