berita

‘Kualiti Air Selamat Digunakan’ – Air Selangor

September 7th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi laman Facebook memaklumkan kualiti air berada di paras selamat untuk digunakan dan mengikut piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia. Air Selangor juga memberi tips dan pesanan kepada pengguna supaya membuka pili air dan biarkan air mengalir sehingga menjadi jernih.

Kualiti air adalah bersih

Selepas didapati air di rumah kelihatan bersih, pengguna boleh menggunakan air tersebut untuk kegiatan memasak, membasuh dan sebagainya.

Status semasa

Sumber foto: Air Selangor

Status yang dikemaskini Air Selangor bertarikh 6 September 2020, jam 6.30 petang merekodkan kawasan Kuala Selangor sudah mengalami 99.2% pemulihan. Manakala, kawasan sekitar Klang dan Shah Alam hanya 24.2% pemulihan akaun yang dilaksanakan.

Sumber foto: Air Selangor

Antara kawasan yang masih kelihatan terjejas adalah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Sumber: Air Selangor

SKIP THIS AD ×