berita

Kuat Sangat Tu ‘Jolok’, Kesian Budak…

February 24th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sejak semalam, tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang sedang melakukan saringan Covid-19 dipercayai menggunakan kaedah Rapid Test Kit Antigen (RTK-Antigen).

Bagaimanapun video tersebut mengundang amarah daripada warganet berikutan cara yang dilakukan oleh petugas kesihatan dikatakan begitu ‘kasar’ ketika mendapatkan sample.

Kanak-kanak buat saringan Covid-19

Menerusi video pendek tersebut memaparkan seorang petugas kesihatan dibantu oleh seorang wanita lain sedang melakukan ujian RTK-Antigen terhadap seorang kanak-kanak.

Namun petugas kesihatan tersebut dikatakan begitu ‘kasar’ ketika proses tersebut dilakukan dan dapat dilihat reaksi kanak-kanak itu yang cuba menahan sakit. Bukan itu sahaja, bahagian kepala kanak-kanak ini turut dipegang oleh mereka berdua.

Sampai bengkok benda tu dia jolok dalam hidung.

Menerusi ruangan balas, rata-rata netizen turut geram dengan tindakan petugas kesihatan tersebut dan mendakwa terdapat kesan darah pada batang test kit itu. Ketika artikel ini ditulis, tidak dapat dipastikan lokasi asal dan bila kejadian ini berlaku.

Cucuk pelan-pelan pun sakit, apatah lagi blender . Fikir laaa tu budak tu ya Allah. Tak ada hati perut langsung.

Ni menjolok apa *****, nak blender tahi hidung ke, sian budak tu, aku dulu swab pun senang je masuk.

Kalau bad mood tak payah datang keje la.

Macam ada kesan darah ja.

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×