Pengumuman pernikahan kedua pempengaruh, Alif Teega semalam telah mendapat perhatian dan reaksi daripada pelbagai pihak.
Artikel Berkaitan: Isteri Hamil 5 Bulan, Alif Teega Mengaku Dah Berkahwin Dua – ‘Aisyah Adalah Wanita Pilihan Allah’
Artikel Berkaitan: Adik Dakwa Alif Teega Pernah Pukul Aisyah Hijanah, Ada Bukti Dari Dashcam? – ‘Telefon Sampai Berkecai..’
Jadi inspirasi untuk wanita
Terbaharu, personaliti media sosial, Shaf Naufas memuat naik satu video di TikTok mengenai perbualannya dengan Aisyah Hijanah di mana dia mendoakan agar Aisyah terus kuat dan menjadi inspirasi untuk para wanita di luar sana.
Aku tak tahu Aisyah Hijanah ini beli kekuatan dekat mana. Ya Allah terus kuat.
Aku ini tak tahu nak cakap apa, dia boleh minta Dior sebijik dekat aku macam itu saja. Kuatnya lah insan bernama Aisyah Hijanah.
Semoga terus kuat kak dan insya-Allah ramai ada dengan akak. Saya doakan yang terbaik untuk korang berdua sebab saya kenal mereka berdua. Mungkin ada hikmah daripada apa yang berlaku ni.
Dalam pada masa yang sama, dia turut mengajak orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buat Aisyah dan memberitahu pengikutnya supaya tidak mengecam mana-mana pihak.
Kita doakan yang baik-baik je tau untuk kak Aisyah insya-Allah . Ada something yang Allah nak bagi tu . Korang jangan kecam mana-mana pihak sebab kita tak tahu apa yang berlaku. Kita doa yang baik-baik okay.
Respon netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan Aisyah seorang wanita yang sangat kuat walaupun sedang menghadapi banyak masalah, dia sempat untuk membuat lawak.
Video
@shafnaufas Kita doakan yang baik2 je tau untuk kak @aisyahhijanah ! Inshaallah . Baik2 je lepas ni . Ada something yang Allah nak bagi tu . Korang semua jom kita doakan ??
Sumber: TikTok