berita

Kucing Pun Ada Kad Pengenalan Malaysia! Ini Cara Nak ‘Apply’ Untuk Kucing Kesayangan Korang

August 15th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Mungkin ramai di antara tidak tahu bahawa haiwan peliharaan juga perlu ada passport untuk mereka sendiri. Haiwan peliharaan anda juga boleh memohon kad pengenalan warganegara Malaysia ini. Cara nak memohon passport atau kad pengenalan untuk haiwan peliharaan ini mudah saja. Anda boleh lakukannya di mana-mana klinik Veterinar atau hospital haiwan.

Kad pengenalan haiwan kesayangan

Perkongsian info ini adalah melalui pengguna Twitter iaitu Shaz Ghaf mengenai cara untuk memohon kad pengenalan buat kucing kesayangannya iaitu Floof Boi. Buat pengetahuan anda juga, hanya empat jenis haiwan peliharaan sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar termasuk kucing, anjing, arnab dan kuda.

Akan diletakkan mirocip

Menerusi perkongsiannya lagi, orang ramai yang juga ingin memohon kad pengenalan peliharaan berwarna biru itu kepada haiwan masing-masing, diminta untuk ke mana-mana klinik Veterinar. Nanti, haiwan peliharaan akan mendapat kad pengenalan selepas diberikan mirocip.

Tujuan mirocip adalah bertujuan untuk senang dijumpai sekiranya haiwan kesayangan hilang atau dicuri orang. Dengan mirocip tersebut pemilik boleh semak semula sama ada haiwan djumpai atau sebaliknya.

Sumber: ShazGhaf

SKIP THIS AD ×