berita

[KUIZ] 4 ‘Habit’ Ni Mesti Ada Kat Korang Yang Kuat Pakai Data. Korang Yang Mana?

August 18th, 2017 | by Epul
Kini Trending

Siapa lahir tahun 1994, korang patut bersyukur sebab lahir-lahir je internet dah ada dan korang boleh layari macam-macam laman web serta guna aplikasi best-best. Apa yang korang perlukan adalah data internet je! Tapi, kalau data tak cukup, mula la korang naik hantu macam ‘monster’ kan?

Siapa ada kawan yang macam tu, perasan tak diorang akan layan video, dengar lagu, scroll media sosial sampai habis data. Lepastu, pinjam data kita kalau tak cukup. Menyampah kan? Macam mana nak detect orang macam tu? Kami kongsikan perangai dan karakter dikalangan mereka-mereka yang suka guna data sampai habis ni!

1. Tengok video tak kira tutorial, muzik video atau something yang kelakar.

Kalau korang dah tengok video, mesti tak pandang kiri kanan dah kan? Semua jenis video korang akan tengok sampai habis bateri phone tu. Dari video Facebook, tutorial YouTube, drama bersiri, movie online dan macam-macam lagi sampaikan berpuluh akaun video streaming korang sanggup daftar kan. Gila video punya pasal!

Sampai satu tahap, korang sanggup minum kopi banyak-banyak supaya berjaga sepanjang malam untuk tengok video. Waktu yang sepatutnya korang tidur lepas penat kerja, bantai pergi tengok video pulak. Tak ke mudarat tu?

2. Obses dengan muzik. Earphone tu macam dah melekat kat telinga!

Rasanya, korang boleh tampal terus earphone kat telinga, sebab korang penggemar muzik tegar. Korang akan stream lagu kat mana-mana; dari bilik tidur, bilik air, dalam tren, kat tempat kerja, gym, waktu makan dan juga sebelum tidur! Lagu tu macam ‘jiwa’ yang hidup dalam diri!

Bosan dari portal streaming Spotify, korang akan tukar ke Apple Music, Soundcloud, YouTube, JOOX sampai lah KKBOX. Semua jenis lagu korang play dan save dalam playlist. Tak cukup dengar lagu, muzik video pun korang bantai tengok sampai lebam jugak kan? Cuba check phone tu sikit, mesti penuh lagu!

3. KOL Wannabe. Tak habis-habis scroll dan update Facebook, Twitter dan Instagram!

Mengaku je, korang akan update status sejam sekali kat Facebook. Sebab apa, kehidupan korang memang kat Facebook, Instagram, Twitter, Snapchat lepastu tak habis-habis update story kat WhatsApp dan LINE. Tau lah filter kat situ semua lawa-lawa! Lepastu, setiap apa yang korang buat akan share dalam laman sosial tu untuk tatapan followers. Oh, kalau ada blog atau YouTube, mesti lagi banyak cerita. Kalah artis!

Bagi korang, newsfeed tu bagaikan newspaper sebab semua cerita dan isu semasa ada kat situ. Haa, tapi kalau tiba-tiba ada mesej berbunyi ‘Anda hampir menggunakan 80% kuota internet’ masuk, confirm korang akan risau gila dan panik serta merta! Hahaha!

4. ‘Workaholic‘ teruk. Lepak minum pun asyik cakap pasal kerja!

Kerja kerja dan kerja je yang ada dalam kepala korang kan? Jenis macam korang ni memang cekap buat kerja dan boleh settle semua kerja dengan pantas. Korang dengan segera akan baca dan reply email, travel dan bekerja dari mana-mana tempat yang korang selesa seperti kafe, restoran dan sebagainya.

Dah namanya busy memanjang, waktu lunch break pun korang asyik sibuk tengok video pasal bisnes dan macam-macam lagi. Dengar podcast pun selalu jugak kan nak bagi semangat kerja datang? Sebab apa, bagi korang, unlimited data, roaming data, unlimited call dan personal hotspot lebih penting dari makanan (mungkin jugak lebih penting dari oksigen). Mengaku je lah!

Tak tau korang jenis ‘monster’ yang mana? Jom main kuiz U Mobile ni dan share result nanti!



Kalau korang salah sorang ‘monster’ macam kat atas ni, kami ada jalan penyelesaiannya. Apa dia?

Dengan pelan pascabayar Unlimited HERO Postpaid P78 dari U Mobile, semuanya Unlimited! Korang boleh tengok video puas-puas, dapat surf internet, dengar lagu, layan Facebook, Twitter dan Instagram serta banyak lagi manfaat pada caj bulanan hanya RM78!

Ya, kami tak tipu. Korang akan dapat Unlimited High-Speed Data untuk memudahkan anda bebas melayari internet tanpa bimbang kehabisan kuota! Selain tu, korang juga akan dapat panggilan percuma ke seluruh rangkaian setiap masa! Boleh gayut lama-lama dengan kawan dan buah hati kan? Hehehe…

Bukan tu je, dengan pelan Unlimited HERO Postpaid P78, korang boleh guna Unlimited High-Speed Data di laptop, tablet dan device lain sebab ia disertakan dengan Free Mobile Hotspot! Kalau korang jenis orang yang pakai lebih dari satu phone, boleh la tethering sebab pelan ni bagi korang percuma 10GB data untuk hotspot!

Kalau nak travel pun jangan risau sebab U Mobile bagi Data Percuma Untuk Roaming dengan Roam-Onz! Korang akan dapat data percuma untuk perantauan di 12 destinasi seluruh Asia! Kaki travel memang patut langgan pelan ni sebab dapat 5GB data percuma untuk korang guna dekat Thailand, Australia, South Korea dan banyak lagi!

Tunggu apa lagi? Jom tukar ke pelan Unlimited Hero Postpaid P78 dari rangkaian U Mobile kalau nak nikmati manfaat-manfaat istimewa ni. Nak tau lebih lanjut? Jom baca dalam laman web U Mobile. Cepat sementara tawaran masih ada!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×