Mesti ada antara korang rasa kuku ni bahagian yang kurang penting kan! Korang pernah tak terfikir macam mana kuku tumbuh setiap kali kita potong?
Sebenarnya sis Katy selalu tertanya-tanya soalan yang macam ni. Jadi entry kali ni, sis Katy buat research khas untuk korang tentang 8 fakta yang korang tak tahu pasal kuku.
1. Kuku pun ada perasaan tau!
Macam terkejut kan dengar kuku ada perasaan? Haa..maksud sis Katy, kuku ni kalau kita rasa sakit secara automatiknya kuku kita akan rasa sakit jugak.
Kalau korang tak percaya, cuba picit kuku korang kuat-kuat. Sebenarnya yang rasa sakit tu kuku korang, bukan kulit bawah kuku korang tu.
2. Kuku kita diperbuat daripada keratin
Kebiasaannya kita dengar keratin ni pada rambut je, belum lagi dengar ada dekat kuku kan? Jadi sebenarnya keratin ni jugaklah membantu dalam pertumbuhan kuku. Keratin tu apa? Keratin tu adalah sejenis protein serat yang sangat kuat.
Biasanya keratin ni akan tumbuh pada kuku, rambut, kulit dan gigi. Ia juga membantu bahagian tubuh badan yang terdedah untuk tahan dengan lasak. Contohnya, macam kuku yang tak mudah patah.
3. Bahagian depan kuku dikira “dead cells“
Korang tahu tak sebenarnya kuku yang berwarna putih bila panjang tu adalah sel kulit mati? Baru sis Katy tau yang tumbuh tu bukan bahagian yang putih tu, tapi bahagian kuku kita yang warna pink.
Bila kuku tumbuh akan jadi bahagian paling atas akan berwarna putih. Tulah sel kulit mati tau! Sebab tu bila kita potong kuku kita, bahagian putih tu takkan rasa sakit.
4. Kuku akan cepat tumbuh bila banyak bergerak
Mesti ada yang keliru kenapa sis Katy cakap macam ni kan? Kalau korang nak tahu sebenarnya darah yang mengalir bawah kuku kita ni membantu proses tumbesaran kuku.
Jadi bila korang kidal, korang akan banyak menggunakan tangan kiri kan? Secara automatiknya kuku kiri korang akan tumbuh dulu sebelum kanan. Tapi jangan risau, takda nampak ketara sangat pun. Sebab kuku kita tumbuh sebanyak 3.5 millimeter setiap bulan.
5. Jangan stress nanti kuku pun stress
Tahu tak bila korang stress atau sedih kuku akan automatik hantar signal melambatkan proses tumbesaran dia. Haa.. Tadikan sis Katy ada bagi tau yang kuku pun ada perasaan jugak.
Cuba bayangkan kalau kita stress atau sedih mesti kita kurang semangat dan kurang aktiviti kan? Macam mana darah nak berjalan dekat kulit kuku kita kalau kita tak aktif. Sebab tu korang jangan stress tau!
6. Faktor cuaca pun bagi kesan kepada tumbesaran kuku
Kalau kita nak makanan tahan lama biasanya kita letak dalam peti ais kan? Ini akan melambatkan proses makanan untuk rosak.
Macam tu juga dengan kuku! Bila musim sejuk bukan hujan ya tapi musim salji. Kuku kita akan lambat tumbuh sebab bila sejuk pengaliran darah kita akan jadi perlahan.
7. Spot putih dekat kuku bukan sebab kurang kalsium!
Korang pernah ada satu tanda putih dekat kuku tak? Lepastu bila bagi tau dekat kawan korang, dia cakap itu tanda ada orang rindu. Yeke? Macam mengarut je.
Haa..sebenarnya tanda putih tu terjadi sebab luka ringan ataupun korang ada tabiat gigit kuku. Dan tanda ni sebenarnya tak merbahaya pun!
8. Kuku pun kena bernafas
Yang ni khas untuk girls yang suka warna kuku. Sis Katy tahu pakai nail polish ni memang cantik, warna merah lah, pink lah dan ada yang bercorak lagi.
Tapi kalau korang sayang kuku tu bagilah kuku tu bernafas sekali-sekala. Sebab pemakaian nail polish dan remover tu boleh menyebabkan kuku korang rosak tau. Biarkan kuku tu bernafas daripada bahan kimia untuk repair diri sendiri.
Menarik kan! Tak sangka banyak pasal kuku yang kita tak tahu. Pokoknya, korang kena sayang dan rajin jaga kuku korang tau! Nanti sis Katy share dalam entri seterusnya macam mana penjagaan kuku tanpa perlu ke spa.
Jangan lupa untuk follow Facebook Kini Trendy dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan fesyen, mekap dan lifestyle wanita yang trending masa kini!