berita

Kulit Muka Korang Senang Breakout? Ni 5 Perkara Yang Korang Kena Elakkan!

October 18th, 2018 | by Epul
Kini Trending


Memiliki wajah yang bersih tanpa cela dan jerawat, merupakan impian setiap wanita terutamanya. Yelah, bila muka bersih barulah ada confident nak berhadapan dengan orang ramai.

Korang perasan tak, kadang-kadang kalau tumbuh jerawat sebiji pon dah rasa insecure tak nak jumpa orang. Ni kan pulak kalau kulit wajah dipenuhi jerawat mesti rasa down giler kan? Kalau korang dah tau kulit wajah korang senang breakout, sebenarnya ada beberapa perkara yang korang kena elakkan. Nak cantik kan?

1. Please jangan picit atau pegang jerawat korang dengan jari!

Selalunya kalau korang kalau ada jerawat mesti rasa nak picit kan? Yelah kadang-kadang kemunculan bendasing kat muka buat tangan rasa gatal pula nak usik! Korang tau tak perkara ni la yang korang kena elakkan.

Dekat jerawat korang tu ada bakteria, lepas tu pulak, korang pegang jerawat tu guna jari, secara tak sedar korang dah pun menyebarkan bakteria tu ke kawasan kulit wajah korang. Sebab tulah muka korang senang breakout!

2. Hindari daripada scrub muka ketika breakout!

Ramai orang biasa scrub muka bila muka naik jerawat, dengan harapan jerawat-jerawat kat muka cepat kecil atau hilang. Korang mesti pernah buat kan?

Haa.. Ni nak bagitau sikit, korang tau tak bila korang tonyoh scrub kat kulit muka korang yang breakout, korang akan menyebabkan kulit muka korang terluka. Bila dah terluka, bakteria lagi senang nak berjangkit dan kulit muka korang pon jadi makin teruk. So, kalau kulit wajah korang breakout, hentikan buat sementara penggunaan scrub okay?

3. Penggunaan alat solek atau kosmetik untuk tempoh yang lama

Kulit muka kita mempunyai ruang pori untuk bernafas. Tapi bila menggunakan alat solek atau kosmetik untuk tempoh terlalu lama, kulit wajah tidak dapat bernafas dan telah menyebabkan pori-pori tersumbat. Selain itu, tidak membersihkan wajah sebelum tidur dan membasuh wajah dengan tidak sempurna turut menyumbang kepada masalah breakout pada kulit wajah.

Korang bayangkan, korang dah seharian menggunakan alat solek pada wajah lepas tu korang tak basuh pula muka dengan sempurna. Tanpa korang sedar korang dah beri peluang pada bakteria untuk membiak pada kawasan kulit wajah korang. Patutlah jerawat senang tumbuh betul tak?

4. Emmm.. Banyaknya problem, stress betullah!

Hmm.. Selalu stress lagi senang jerawat tumbuh? Biar betul? Haa.. Korang mesti susah nak percaya kan, tapi ini kenyataan ya.

Korang nak tau kenapa? Sebabnya semasa korang stress, adrenalin dan hormon androgen akan keluar secara berlebihan, jadi bila korang stress dan dalam keadaan tertekan, maka, berlumba-lumbalah jerawat naik kat muka korang.

5. Menggunakan produk yang tidak sesuai

Ni merupakan kesalahan yang selalu dilakukan oleh kaum wanita, senang sangat terpengaruh menggunakan alat-alat penjagaan wajah yang dibeli daripada laman sosial. Kadang-kadang alat penjagaan wajah yang dibeli tu tidak mendapat kelulusan daripada pihak berwajib dan tidak diketahui bahan-bahannya. Bila tengok artis atau individu terkenal iklankan, korang terus percaya produk tu bagus. Betul tak?

Hmm.. Sebenarnya sebelum membeli sesuatu produk, korang kenalah tahu kondisi kulit muka korang. So, senanglah korang nak detect jika produk yang korang pakai tu sesuai atau tak dengan kulit korang.

Korang juga kenalah gunakan pembersih wajah yang betul, supaya korang boleh membersih dan pada masa yang sama melembapkan kulit wajah korang secara lembut barulah kulit tak senang breakout! Ni kami nak share sikit jenama produk penjagaan dermatologi no. 1 di Malaysia* dengan korang.

* Data IMS tentang Emolien & Pelindungan, MAT Q4 2017

Bertukarlah menggunakan produk Cetaphil Gentle Skin Cleanser hari ini!

Ni kami nak kongsi sikit dengan korang mengenai produk penjagaan kulit Cetaphil ni. Rasanya, Cetaphil bukan lagi jenama yang asing dalam kalangan masyarakat hari ni, ini kerana Cetaphil terkenal sebagai produk pencuci dan penjagaan kulit yang bukan saja membersihkan, malah melembutkan, bebas dari wangian, sabun dan lanolin. 

Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni juga sesuai untuk digunakan dalam mencuci solekan ringan, dan bersifat tidak comedogenic supaya ia tidak menyumbat liang-liang roma yang menjadi punca jerawat pada kulit wajah.

Selain itu,  Cetaphil Gentle Skin Cleanser turut mempunyai pH seimbang, jadi ia tidak memedihkan mata dan juga membantu mengekalkan kelembapan kulit. Formulasinya juga berkesan untuk semua jenis kulit, termasuk bayi dan mereka yang berkulit sensitif agar kulit sihat dan cantik.


Apa yang bestnya mengenai produk ini ialah, ia sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuk kulit yang sensitif dan sangat disyorkan oleh pakar dermatologi dan ahli pediatrtik.

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Home Tester Club (HTC), 99% wanita yang menggunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser bersetuju, produk ini membersih dan melembapkan kulit secara lembut tanpa mengikis pelindung semula jadi kulit.

So tunggu apa lagi, jom bertukar ke produk Cetaphil untuk penjagaan kulit yang lebih baik. Kalau korang nak tau lebih lanjut mengenai produk Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni, korang klik je kat sini ya.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×