Sebagai seorang wanita, pasti anda inginkan kulit wajah yang kekal dalam keadaan sihat dan cantik. Dalam era yang semakin maju ini pelbagai teknologi serta produk kesihatan yang dapat kita lihat di pasaran bagi membantu mengekalkan kecantikan kulit wajah kita. Jika ditanya apa yang mereka impikan, pasti sebilangan majoriti kaum hawa mengimpikan kulit yang cantik, lembut, dan licin pada wajah. Usah gusar! Ohbulan memperkenalkan produk terbaru Eve Lom yang mampu mencipta kulit wajah yang sihat semula jadi tanpa perlu bersolek.
Asas terhebat dengan Cleanser Eve Lom!
Memiliki kulit yang cantik, halus dan putih bersih tanpa secalit noda menjadi perhatian mata yang memandang. Lebih-lebih lagi, penjagaan kulit muka tersebut memberikan seribu satu manfaat pada kulit muka.
Kini pembersih wajah Eve Lom boleh dikatakan pembersih muka terbaik dimana ianya mampu mengimbangi semua jenis tona kulit dan dirumus khas daripada 4 campuran minyak tumbuh-tumbuhan yang mampu memberikan keserian kulit dengan tekstur licin dan lebih halus.
Antara kebaikan produk ini adalah ianya memberikan kesenangan kepada si pemakai mekap dalam membersihkan solekan. Selain itu, ianya mampu membersih kulit muka secara menyeluruh dan mengelupas lembut kulit muka bagi membolehkan sel-sel kulit tumbuh dengan baik. Akhir sekali, ianya mampu membuang toksik pada muka dan memberikan kulit wajah yang sihat semula jadi.
Membersih muka dengan Morning Time Cleanser!
Pembersihan muka pada waktu pagi mampu menyempurnakan kulit muka anda. Penciptaan alternatif terbaik mampu memberikan kesegaran yang berpanjangan kepada kulit muka.
Dirumus khas dengan minyak pembersih aromatik, digabung khas dengan Enzim Buah Betik dan minyak lobak bagi membantu menghasilkan kulit hebat berseri, segar dan seimbang.
Kebaikan produk ini dimana ianya membantu merangsang pengeluaran kolagen, mengurangkan pembukaan liang-liang roma, melembutkan dan menghasilkan kulit wajah yang muda, pantas dan mudah digunakan, dan mampu membuang struktur solekan yang payah ditanggal.
Tutupi wajah dengan Moisture Mask yang terbaik!
Lembapkan kulit wajah anda dengan lembapan mask yang terbaik. Lembapan sempurna yang mampu menghidratkan kulit wajah di samping mampu meningkatkan kesempurnaan kulit wajah tatkala kulit wajah anda berada dalam keadaan yang kering
Dengan revolusi terhebat, ianya mampu mengembalikan keseimbangan kelembapan kulit dan mampu membantu mempertahankan tahap kekringan kulit muka. Hasilnya, kulit muka bertambah aktf dan mampu memberikan keserian yang berpanjangan.
Kebaikan penggunaan produk ini dimana ianya mampu memberikan kelembapan kulit, dan menghindarkan kulit kusam serta memperbaharui sel kulit dalam mencipta kulit wajah lebih sempurna.
Si penyelamat Resque Mask terbaik!
Salah satu prduk terbaik yang menjadi pilihan ramai yang mampu merawati kulit wajah untuk tampil lebih berseri secara semula jadi. Diselitkan dengan ramuan terbaik iaitu Featuring Camphor, Almond dan Honey-infused Kaolin Clay yang mampu membersihkan kulit wajah secara mendalam untuk mencipta kulit wajah yang kekal dalam keadaan berseri.
Kebaikannya, dimana produk ini mampu menyerap minyak berlebihan dan membersihkan kulit muka tanpa menghasilkan kulit kering, melicinkan permukaan kulit dengan meninggalkan struktur lembut, membantu mengurangkan kemerahan kulit, dan membantu melegakan bengak kulit pada mata akibat keletihan.
Tegangan hebat dari Intense Firming Serum!
Serum terbaik dengan kombinasi intipati berkualiti mampu memberikan kulit wajah anda kelihatan indah. Hasil penyelidikan, produk ini mampu membantu kulit wajah menjadi lebih licin, bertenaga dan tegang.
Hanya beberapa titikan hebat, mampu membantu merangsang tisu penghubung. Kebaikan produk ini mampu melicinkan kulit muka untuk tampak lebih muda, membantu mengurangkan garis-garis kedutan usia, ringan dan mudah diserap, dan sesuai untuk kesemua jenia kulit muka.
Sentuhan Bibir hangat daripada Kiss Mix!
Hasil campuran yang terbaik dengan ekstrak kemewahan yang mampu mengaktifkan bibir anda untuk tampil menawan. Dihasilkan dengan kombinasi intipati hebat, ianya memberikan rawatan hebat pada bibir dengan melembapkan, melindungi dan menyejukkan bibir anda.
Bagi anda yang inginkan kilauan hebat, aplikasikan gincu anda, kemudian gunakan pelembap Kiss Mix ini untuk memberikan warna bibir anda bersinar disamping melindungi.
Kebaikan penggunaan produk ini, ianya mampu mempertahankan bibir anda daripada kelihatan kering, membantu melegakan dan membaiki kerosakan bibir dan sesuai untuk semua golongan tidak kira lelaki mahupun perempuan untuk kegunaan harian.
Berikut merupakan foto-foto produk penjagaan wajah daripada Eve Lom :