berita

Kumpulan Lawson Tak Sabar Nak Jumpa Peminat Malam Ini!

April 13th, 2013 | by Ai
Hollywood

Lawson in Malaysia

Petang semalam telah berlangsungnya sidang media bersama kumpulan pop rock terkenal, Lawson bertempat di Doubletree Hotel Hilton, Kuala Lumpur.

Sidang media ini diadakan sempena kehadiram kumpulan tersebut yang difahamkan buat julung kalinya tiba di Malaysia dan mereka juga dijadualkan bakal mengadakan showcase pertama mereka pada malam ini (13 April 2013) bertempat di Stage Club, Avenue K, Kuala Lumpur, jam 7.00 petang.

Memandangkan ini adalah kali pertama Lawson berada dan mengadakan showcase di Malaysia, oleh itu kumpulan tersebut akui merasa sedikit gementar dan dalam masa yang sama merasa begitu teruja untuk menghiburkan semua peminat mereka pada malam ini.

Kami merasa sedikit gementar sebab ini adalah kali pertama datang ke Malaysia. Tapi apa pun kami akan cuba lakukan yang terbaik.

Sebenarnya kami dah tak sabar dan merasa begitu teruja untuk membuat persembahan di hadapan peminat-peminat Malaysia. Kami harap semua penonton akan terhibur dengan lagu-lagu yang bakal kami persembahkan dan dapat menerima semuanya dengan baik.

Dalam pada itu, pihak media sempat juga mengajukan soalan apakah makanan tradisonal Malaysia yang menjadi kegemaran mereka dan adakah mereka telah mencuba kesemuanya.

Kami suka makan kuey teaw sup, wantan, sate dan juga char kuey teaw. Sate memang sangat sedap dan terbaik.

Kalau nak tahu kami paling suka makan makanan pedas dan kami sempat juga merasa Nasi Lemak. Wow, memang lazat. – Ujar Ryan dan Joel sambil tergelak.

Sewaktu diajukan soalan siapakah penyanyi antarabangsa yang menjadi kegemaran mereka selama ini, Lawson telah memilih penyanyi pop dan blues rock terkenal, John Mayer sebagai idola mereka dan menganggap penyanyi tersebut sebagai seorang lagenda dalam industri muzik antarabangsa.

John Mayer adalah seorang ahli muzik yang hebat. Lirik yang ditulis olehnya juga bagus dan dia boleh dianggap sebagai ‘lagend’ dalam industri ini.

Selain itu, kami juga minat kumpulan Bon Jovi dan Incubus sebab mereka semua hebat dan saya memang suka dengan lagu-lagu mereka. – Ujar Lawson sebelum mengakhiri sesi temubual bersama pihak media petang semalam.

Untuk makluman, kumpulan Lawson dianggotai oleh empat orang anak muda iaitu Andy Brown (gitar akustik dan vokalis), Ryan Fletcher (bass gitar dan penyanyi latar), Joel Peat (gitar utama dan penyanyi latar) serta Adam Pitts (dram).

SKIP THIS AD ×