berita

The Used Gegar Peminat Malaysia Ahad Ini!

May 14th, 2013 | by Ai
Hollywood

The Used

Pada 19 Mei ini bakal berlangsungnya konsert kumpulan rock terkenal, The Used bertempat di KL Live Centre, Kuala Lumpur.

Secara umumnya, kumpulan rock dari Amerika ini baru sahaja melancarkan album kelima mereka berjudul Vulnerable pada Mac tahun lalu dan antara lagu hits nyanyian mereka adalah Buried Myself Alive, The Taste of Ink, Take It Away serta The Bird and The Worm.

Menurut kumpulan The Used, mereka sangat teruja untuk mengadakan konsert buat kali kedua di Malaysia dan berharap agar peminat dapat menyokong segala hasil karya mereka selepas ini.

Ya, kami sangat teruja untuk kembali semula ke Kuala Lumpur dan berharap peminat akan terhibur dengan persembahan kami nanti.

Saya rasa peminat di Malaysia sangat energetik dan fantastik.

Kami pasti akan lakukan sesuatu yang istimewa buat peminat dan diharapkan agar mereka dapat menerima serta menyokong segala karya kumpulan kami. – Ujar The Used sewaktu sesi Skype bersama pihak media petang semalam.

The Used
Sesi interview bersama kumpulan The Used menerusi Skype

Kumpulan ini dianggotai oleh empat orang ahli iaitu Bert McCracken (selaku vokal utama, piano dan keyboards), Quinn Allman (pemain gitar dan suara latar), Jeph Howard (pemain bass gitar dan suara latar) serta Dan Whitesides (pemain dram).

Bagi anda yang ingin mendapatkan tiket ke konsert The Used LIVE in Kuala Lumpur 2013, sila layari www.ticketpro.com.my atau dapatkannya di mana-mana Dolls Store serta Rock Corner berhampiran anda.

Tiket dijual dengan harga RM99 (Early Bird), RM115 (Presale), RM130 (At the door) dan RM180 (VIP).

Untuk makluman, konsert ini turut dimeriahkan lagi dengan beberapa band tempatan seperti Oh Chentaku, Caravel, Busco, serta Scarlet Heroes.

Berikut kami lampirkan video klip terbaru nyanyi The Used berjudul Hands and Faces buat tatapan anda semua. Jom layan!

SKIP THIS AD ×