berita

Kumpulan Sofazr Tidak Menumpang Populariti Tauke

September 18th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Pada tanggal 17 September 2012 semalam, telah berlangsungnya Majlis Tayangan Filem “Sofazr The Movie Jiwa Kacau” bertempat di Cineleisure Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Majlis telah dimeriahkan dengan kehadiran pengarah terkenal Datuk Yusuf Haslam dan barisan pelakon-pelakon filem ini sendiri iaitu ahli Kumpulan Sofazr, Ar Badul, Yasssin, Adda Butterfly, Liz AF, serta Hamid Gurkha.

Menurut Isma AF7 atau nama sebenarnya Ismaliza Ismail, dia berpuas hati denga hasil kerja pengarahan filem pertamanya bersama pelawak terkenal Tauke. Ini kerana, kerjasama yang diberikan oleh Tauke sangat memuaskan dan sepanjang pembikinan filem ini mereka banyak berkongsi pendapat serta idea bagi melahirkan sebuah filem yang berkonsepkan komedi dan penuh mesej berguna kepada penonton.

Isma turut menyatakan bahawa, walaupun filem Sofazr The Movie ini menampilkan pelawak-pelawak terkenal seperti Apek, Tauke, Jepp Sepah dan Yassin sebagai kekuatan untuk menyuntik elemen komedi dalam filem ini, ia tidak memberi masalah untuk turut mengetengahkan bakat dan nama kumpulan Sofazr sendiri sebagai peneraju utama.

“Filem ini sememangnya ingin mengetengahkan kumpulan Sofazr sendiri, dan mereka juga adalah peneraju utama. Walaupun kelihatan Tauke lebih menonjol, tetapi Sofazr juga telah memberikan kerjasama yang terbaik untuk watak mereka. Jadi tiada isu Sofazr menumpang sesiapa di sini” Ujar Isma kepada pihak Media.

Selain itu, Isma turut akui sebelum ini dia langsung tiada pengalaman dalam bidang pengarahan filem, oleh itu dia akan terima segala pendapat yang bakal pihak luar berikan kepadanya. Isma juga berharap agar filem ini dapat diterima umum dan selepas ini dia akan cuba buat yang lebih baik untuk filem seterusnya.

Bagi peminat-peminat filem, jangan lupa untuk menonton Filem “Sofazr The Movie Jiwa Kacau” pada 27 September ini di pawagam-pawagam berhampiran anda. Banyak mesej yang ingin disampaikan menerusi filem ini antaranya adalah jangan memandang rendah pada golongan yang kurang bernasib baik dan berhati-hati untuk memilih sesuatu ubat di pasaran, ini kerana tidak semua ubat mendapat kelulusan oleh pihak berwajib.

Sebagai permulaan, jom kita lihat triller “Sofazr The Movie Jiwa Kacau” ini sebelum anda menontonnya di pawagam nanti :

SKIP THIS AD ×