Harum, pasti menjadi idaman setiap wanita. Manakan tidak, kekal harum melambangkan identiti diri seseorang.
Simbahan keharuman bakal menyerlahkan imej kebersihan pada personaliti seseorang. Lebih-lebih lagi jika semburan keharuman tersebut membawa manfaat kepada si pemakai.
Semburan minyak wangi kini bakal membawa perubahan kepada individu di seluruh dunia. Semburan wangian yang mampu memberi kesan kepada tubuh badan dengan menurunkan berat badan.
Pasti produk tersebut menjadi rebutan ramai apabila manfaatnya dapat menyerlahkan kecantikan seseorang.
Malahan baru-baru ini beribu-ribu wanita dilaporkan mendaftar “Prends-Moi Eau De Minceur” senarai menunggu untuk memiliki satu produk yang digelar “First weight loss fragrance” yang semakin sensasi di UK.
Rumusan khas termasuk “Betaphroline” akan mendorong pelepasan B-endorfin sekiranya tersentuh dengan sel-sel di lapisan luar kulit.
Apabila ini terjadi, ianya bakal mencetuskan sensasi kesejahteraan di dalam otak dimana sedikit sebanyak dapat mengurangkan kuantiti keperluan untuk makan secara berlebihan dan mengaktifkan tindakan bau.
Hasilnya, ianya dapat melangsingkan badan.
Selain itu, minyak wangi ini juga mengandungi Cafein, Carnitine dan ekstrak Spirulina dimana bahan-bahan tersebut mampu mengaktifkan enzim dan terlibat dalam penyekatan lemak disamping baunya yang menyenangkan si pemakai untuk memakainya setiap hari.
Bagi anda yang tidak sabar ingin memiliki minyak wangi ini, Prends-Moi kini boleh didapati di Kedai Fragrance di UK, manakala bagi si pembeli dari seluruh dunia bolehlah membeli produk melalui grassland sites.