berita

Kwang Soo (Running Man) Turun Malaysia Januari Depan

November 22nd, 2013 | by Ai
Kini Trending

Lee Kwang Soo

Berapa ramai antara anda yang menonton rancangan aneka ragam dari Korea Selatan, Running Man dan berharap mereka akan turun ke Malaysia satu hari nanti?

OHBULAN! pasti anda akan menarik nafas lega apabila salah seorang daripada peserta Running Man iaitu Lee Kwang Soo akan turun ke Malaysia pada Januari 2014 nanti. Tujuan aktor ini turun ke Malaysia adalah untuk sesi bertemu peminat di KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur pada 4 Januari tahun hadapan.

Bagi anda yang tidak tahu, ini merupakan kali pertama peserta Running Man turun ke Malaysia setelah kehadiran mereka dibatalkan pada 7 September lalu atas sebab-sebab tertentu.

LeeAnda mesti tak sabar dengan kehadiran Lee Kwang Soo bukan?

Untuk para peminat Lee Kwang Soo, tiket akan mula dijual oleh JS Concert melalui Ticket Pro outlets, Rock Corner dan Victoria Music. Anda boleh dapatkan tiket dengan harga RM498, RM298 dan RM158.

Menariknya, anda berpeluang mendapatkan poster bertandatangan daripada Lee Kwang Soo jika membeli tiket yang berharga RM498 untuk tempat duduk premium.

Jadi, apa tunggu lagi? Buatlah pilihan tiket yang bijak.

Sebagai rujukan, Lee Kwang Soo mula meningkat naik menerusi drama bersiri, Dong Yi. Rancangan Running Man kini menjadi kegemaran penonton melalui telatah dan ragam yang ditonjolkan oleh para peserta Running Man. Malah, ada antara peserta tersebut menjadi idola para peminat dari seluruh dunia.

Dengar cerita, Kim Jong Kook pun akan datang Malaysia bersama-sama dengan Lee Kwang Soo. Kalau betul, beruntunglah pada si pembeli tiket itu nanti. Sama-sama kita nantikan kehadiran aktor kacak ini ke Malaysia!

SKIP THIS AD ×