Hari ini viral di media sosial mengenai seorang pesakit kanser yang terpaksa diusung dibawa ke pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hanya untuk mendapatkan pengesahan bagi mengeluarkan simpanan carumannya.
Perkara tersebut telah mendapat pelbagai respon orang ramai yang rata-ratanya geram dan marah dengan tindakan pihak KWSP. Terbaru, pihak KWSP tampil memohon maaf atas perkara tersebut menerusi Facebook akaun milik mereka.
Kesal dan mohon maaf
Menerusi status pihak KWSP, pihak mereka amat kesal dan mohon maaf atas perkara ini. Mereka juga sudah berjumpa dengan keluarga tersebut bagi memahami situasi ini dengan lebih lanjut.
KWSP amat kesal dan mohon maaf atas pengalaman kurang menyenangkan yang dialami ahli tersebut dan keluarganya.
Pihak KWSP telah menghubungi dan berjumpa dengan ahli tersebut dan keluarganya untuk memahami situasi ini dengan lebih lanjut.
KWSP turut menegaskan bahawa pihak mereka sentiasa mengambil berat terhadap aduan atau maklum balas daripada ahli mengenai tahap perkhidmatan untuk tujuan penambahbaikan berterusan.
Mohon maaf atas kesulitan
Ini bukan sahaja bertujuan membantu kes ahli tersebut, malah kami akan menggunakan pengalaman kali ini untuk memperbaiki proses yang sedia ada supaya kami dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan prihatin kepada ahli-ahli kami.
Dalam pada itu, pihak KWSP menyatakan akan memperbaiki proses yang sedia ada supaya dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik agar perkara ini tidak berulang kembali.
Sumber : KWSP