Dapo Pata? kalau orang Terengganu mesti expert kan nak sebut. Bahasa senang nak faham dapo pata tu dapur pantai. Inilah Uptown Kontena di Gong Badak Terengganu. Wow uptwon tepi pantai pertama di Malaysia.
Baru saja beroperasi beberapa hari yang lalu sudah nampak kemeriahannya. Tak kira siang atau malam pasti korang akan teruja dengan suasana uptown yang unik ni.Lokasinya di Pesisir pantai Kg.Pantai Tok Jembal, Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.
So kalau korang melalui kawasan tu jangan lupa bagi review sikit. Apa yang lagi menarik?
Ni baru fasa satu tau.
Fasa satu ni pun dah gempak kalau ada fasa dua nanti tak tahu la macam mana tempat ni nanti. Kalau yang biasa pergi ke uptown tu pasti merasai pengalaman sesak nafas, panas, berlaga bahu dan banyak lagi kan, dekat Dapo Pata ni jangan risau sebab lokasi tepi pantai yang korang pun tau sangat nyaman dan sejuk bayu laut tu kan.
Berkonsepkan kontena, lokasi ini yang bakal dibanjiri dengan pengunjung kerana lokasinya yang strategik.
Banyak juga tempat makan dekat situ.
Uih meriahnya, mesti best dapat lepak ramai-ramai tepi pantai.
Makanan orang terengganu pun mesti banyak ni.
Sempena cuti sekolah yang akan datang ni, admin cadangkan korang datang ke Dapo Pata Uptown Kontena ni sebab lain dari yang lain.
Bayu darat pada waktu malam dengan lampu-lampu mentol tu mewujudkan suasana yang tenang.
Yes lokasi ni bakal menjadi satu lagi tarikan pelancong di negeri Terengganu. Semoga tempat ini akan menjadi satu lagi kebanggaan Malaysia khususnya masyarakat negeri Terengganu ni.
Pesanan admin buat yang korang yang nak pergi bercuti jangan lupa buat persiapan awal dan untuk mengekalkan kelestarian Dapo Pata jangan cemarkan dengan sampah sarap ok?
Sumber: Facebook Uptown Kontena