berita

Lady Gaga Bogel Untuk Kulit Album Terbaru, Artpop

October 8th, 2013 | by Ai
Hollywood

Lady Gaga

Penyanyi yang sinonim dengan penampilan pelik dan unik, Lady Gaga baru sahaja melancarkan muka depan untuk album terbarunya berjudul Artpop.

Album yang mengandungi single terbarunya, Applause itu telah menunjukkan Lady Gaga tampil tanpa seurat benang dan hanya menutupi bahagian payudaranya dengan tapak tangan dan rambut.

Dalam pada itu, penyanyi tersebut turut dilihat melindungi bahagian alat sulitnya dengan sebiji bola berwarna biru sambil tertulis perkataan Artpop sebagai tajuk utama album terbarunya itu.

Lady Gaga

Penampilan Lady Gaga untuk muka depan album terbaru, Artpop

Secara umumnya, ini bukanlah kali pertama Lady Gaga tampil tanpa seurat benang untuk hasil karya seninya, ini kerana sebelum ini penyanyi tersebut pernah tampil bogel sekitar awal Ogos lalu menerusi sebuah video berjudul The Abramovic Method Practiced by Lady Gaga.

Menerusi status yang dimuat naik oleh penyanyi tersebut, Lady Gaga turut memaklumkan bahawa dia merasa sangat gementar dan teruja untuk berkongsi buah tangan terbarunya itu bersama peminat-peminat di laman sosial.

Untuk makluman, muka depan album terbaru Lady Gaga ini telah mendapat liputan meluas daripada beberapa buah negara seperti Perancis, Italy, Amerik Syarikat serta Sweden.

Sumber : Twitter Lady Gaga & Gossipcop.com

SKIP THIS AD ×