berita

Lady Gaga, Katy Perry Antara Penyanyi Diberi Penghargaan Buat Persembahan Sempena Angkat Sumpah Presiden Joe Biden

January 21st, 2021 | by Amat
Kini Trending

Tanggal 21 Januari 2021 merupakan Hari Perasmian bagi negara Amerika Syarikat menyambut Presiden yang ke 46 menaiki takhta iaitu Joe Biden selepas menewaskan Donald Trump dalam pilihan raya lalu. Rata-rata rakyat Amerika meluahkan kelegaan dan keterujaan untuk melihat sosok baharu yang menggantikan Donald Trump yang penuh kontroversi itu.

Pada acara perasmian pagi tadi, waktu tempatan, penyanyi terkenal iaitu Lady Gaga diberi penghargaan untuk menyanyikan lagu national negara tersebut. Selain itu, penyanyi Katy Perry juga diberi penghargaan bagi membuat persembahan nyanyian ditemani keindahan bunga api di bandar Washington.

Lady Gaga mengetuai nyanyian

Lady Gaga dipilih sebagai bintang yang bakal menyanyikan lagu kebangsaan sewaktu majlis angkat sumpah Joe Biden bermula 12:15 malam Khamis (waktu Malaysia). Lady Gaga turut mendoakan agar negara itu mengecapi keamanan dan keceriaan terutamanya buat seluruh rakyat Amerika.

Persembahan Katy Perry

Bukan itu sahaja, penyanyi terkenal Katy Perry juga diberi penghargaan untuk membuat persembahan pada malam tadi waktu tempatan. Persembahan tersebut turut disaksikan presiden Joe Biden dan isteri.

Persembahan bunga api

Sumber: The Recount, Austin Kellerman, NBC News

SKIP THIS AD ×