berita

Lady Gaga Lancar MV Applause, Lebih Pelik & Seksi

August 21st, 2013 | by Ai
Video Popular

Lady Gaga

Penyanyi yang sinonim dengan elemen pelik dan unik, Lady Gaga atau nama sebenarnya Stefani Joanne Angelina Germanotta baru sahaja melancarkan video klip terbarunya berjudul Applause.

Meskipun video tersebut baru tiga hari dimuat naik di laman YouTube, akan tetapi ianya telah berjaya mencapai lebih 12 juta penonton dan rata-ratanya memberi respon positif terhadap video terbarunya itu.

Lady Gaga Respon

MV Lady Gaga

Lady Gaga memainkan peranan sebagai model untuk pertunjukan fesyen

Video berdurasi 3.35 itu bagaimanapun bukan sahaja diselitkan dengan eleman pelik, malah ia turut ditambah dengan beberapa eleman seksi, di mana menurusi paparan video tersebut, Lady Gaga dilihat hanya memakai pakaian dalam yang bermotifkan cengkerang siput.

Apa yang menarik mengenai video Applause ini adalah ianya menggabungkan dua eleman yang berbeza iaitu situasi ketika mengadakan persembahan silap mata dan pertunjukan fesyen, di mana Lady Gaga telah memainkan peranan yang berbeza disetiap babak tersebut.

Apa pun, untuk semua peminat Lady Gaga, jom layan video terbarunya selepas ini. Enjoice!

SKIP THIS AD ×