berita

Lady Gaga Semakin Pelik!

September 20th, 2012 | by Ai
Make-It-Senang

Sentiasa dikenali dengan fesyen pakaian lain daripada yang lain. Pilihan pakaian yang digayakan pasti pelik dan berani berbanding daripada selebriti lain.

Tidak sangka, Lady Gaga kini semakin tersasar daripada gaya yang ditonjolkan, dimana baru-baru ini beliau tampil dengan imej yang semakin berbeza daripada kebiasaaannya. Malah, ianyanya boleh dikatakan penampilan melebihi daripada apa yang dijangkakan.

Tidak serik! Penyanyi lagu Poker Face ini sekali lagi mencetuskan kontroversi dengan menggayakan selendang bulu musang berwarna putih di sekitar bahu tatkala melangkah keluar di Cologne, Jerman. Pasti Gaga mendapat kritikan hebat daripada persatuan hak asasi haiwan.

Gaga lengkap berpakaian dengan busana putih dan mengayakan topi pelik dengan jaring putih menutupi mukanya. Sepatu yang terlalu tinggi menyebabkan lady gaga terpaksa meminta bantuan pengawal peribadi tatkala melangkah.

Bagi selebriti, kereta pasti menjadi keutamaan apabila melangkah tatkala melihat pemandangan luar. Tidak pula bagi Gaga, beliau menolak tepi penggunaan kereta dan menggantikannya dengan basikal. Beliau tampil dengan sepasang busana hitam dan topi hitam berbentuk tanduk serta kaca mata hitam gelap.

Selepas melewati beberapa bangunan bersejarah dibandar ini, Gaga dilihat memasuki sebuah kedai pakaian Vintage dan dilaporkan membeli 21 barangan daripada kedai pakaian Vintage tersebut.

Setelah kembali ke hotel, beliau dilihat mengubah penampilan dengan menyarung sehelai skirt berbunga, kimono berwarna merah tiram, dan corak scarf yang cantik.

SKIP THIS AD ×