berita

Lagenda Lumba Motosikal Negara Gesa Siasatan Dilakukan Terhadap Kematian Pelumba Cup Prix

December 17th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Pemergian pelumba Cub Prix, Mohd Hafiz Nor Azman disifatkan satu kehilangan buat sukan permotoran Malaysia. Jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Serdang Permai, Simpang Pulai, sekitar jam 12 tengah hari tadi.

Artikel berkaitan: ‘Rindu Masa Zaman Kita Lepak, Kita Naik Motor’ – Rakan Kongsi Momen Terakhir Bersama Hafiz

Dalam pada itu, lagenda lumba motosikal negara, Wazi Abdul Hamid berpendapat perlu dilaksanakan satu jawatankuasa untuk mengkaji dan penyelesaian secara menyeluruh dibuat bermula peringkat penganjur, pelesen dan pihak berkuasa.

Perlu dikaji semula

Hafiz bukan sahaja berpotensi menjadi ikon kepada golongan belia malah dapat membantu mengembangkan lagi sukan berkenaan di tanah air. Perlumbaan di litar juga dapat membendung aktiviti lumba haram dan Hafiz selayaknya menjadi ikon dalam sukan ini.

Apa yang jadi ini bukan sahaja kehilangan bintang tetapi anak muda yang ada visi  sendiri. Beliau melanjutkan pelajaran di politeknik, dia terpelajar mungkin selepas ini semua pihak boleh fikirkan bagaimana nak bantu lebih ramai lagi anak muda di luar sana.

Dalam pada itu, Wazi Abdul Hamid juga mengharapkan pihak tertentu dapat mengkaji semula secara menyeluruh agar insiden kemalangan sedemikian tidak berulang lagi.

Berdasarkan pengalaman saya, boleh dibuat satu kajian menyeluruh bagaimana insiden ini berlaku dan ini melibatkan semua pihak bukan sahaja penganjur malah pelumba-pelumba supaya perkara sama tidak berlaku di masa hadapan. Ada beberapa kemungkinan yang perlu diperhalusi, diharapkan mereka yang pakar dalam bidang ini dapat menyampaikannya.

Dia bukan saja seorang bintang

Lagenda pelumba motorsikal turut berpendapat agar ada pihak tertentu untuk mengkaji semula dan tidak mahu kejadian sperti ini berulang kembali. Dia juga telah mengenali mangsa sejak kecil lagi dan berasa sangat sedih kehilangan seorang juara di litar.

Berdasarkan pengalaman saya, insiden seperti ini boleh diberi satu kajian menyeluruh libatkan semua pihak bukan sahaja penganjur, tetapi pelumba.

Jika nak kata ada kecuaian, its not fair, tetapi kena ada usaha tertentu dari semua pihak melihat lebih jelas bagaimana nak elakkan nahas sama berlaku pada masa akan datang. Saya mengenali sejak kecil, apa berlaku hari ini, kita bukan sahaja kehilangan seorang bintang tetapi seorang juara.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×