berita

Lagi 10 Artis, Instafamous Akan Dipanggil SPRM Bantu Siasatan Macau Scam

October 21st, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Semalam kecoh apabila pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa individu termasuk artis untuk membantu siasatan berhubung aktiviti penggubahan wang haram yang melibatkan sindiket Macau Scam.

Artikel Berkaitan: Pelakon Lelaki & Pengacara Wanita Akan Dipanggil SPRM Bantu Siasatan Kes Macau Scam

Terkini, pihak SPRM akan memanggil 10 artis dan selebriti dalam senarai terbaru bagi membantu siasatan mengenai aktiviti pengubahan wang haram membabitkan kumpulan cuci duit haram dan perjudian dalam talian.

Tampil ke ibu pejabat

Menurut laporan Harian Metro, mereka yang tersenarai ini diminta untuk tampil di Ibu Pejabat SPRM bagi memberi keterangan lanjut bagi membantu siasatan.

Mereka termasuk dua artis wanita dan lelaki yang juga pengacara dan pelakon terkenal. Ramai lagi akan dipanggil kerana mereka diperlukan untuk membantu siasatan penipuan Macau Scam dan judi dalam talian.

Semalam, pihak SPRM telah memanggil sembilan lagi individu termasuk dua lelaki yang merupakan Instafamous selepas hampir dua minggu tempoh diberikan untuk tampil memberikan keterangan secara sukarela. Pihak SPRM telah merakam percakapan mereka yang berusia 25 hingga 32 tahun. Mereka ini merupakan rakan kepada isteri suspek utama.

Bantu siasatan

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki telah meminta semua selebriti dan ahli perniagaan terbabit dengan aktiviti pengubahan wang haram untuk tampil membantu siasatan. Arahan tersebut dikeluarkan bagi mengelakkan daripada mereka ditahan oleh pihaknya dalam masa yang terdekat.

Tidak kira selebriti atau siapapun dan mana-mana pihak yang pernah menerima (dana sindiket) daripada individu yang ditahan SPRM, mereka diminta tampil sebelum kami panggil.

Pada awal Oktober yang lalu, pihak SPRM telah memanggil Shuib, seorang pelawak dan penyampai radio dan isterinya Siti Sarah, bagi membantu siasatan mengenai kes pengubahan wang haram.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×