Pelamin anganku musnah! Itulah ungkapan paling sesuai menggambarkan situasi yang dilalui seorang lelaki ini apabila perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada 18 Disember lalu bertukar menjadi kenduri doa selamat gara-gara pengantin perempuan membatalkan majlis perkahwinan mereka pada saat-saat akhir.
‘ Pelamin anganku musnah, kecundang’
Kisah tersebut dikongsikan oleh Nidzam menerusi beberapa video di TikTok. Nidzam yang merupakan seorang duda anak satu ini terpaksa menerima hakikat bahawa tiada jodoh antara mereka. Tambah Nidzam, 28, segala persiapan termasuk pelamin, jemputan, katering dan sebagainya sudah dilakukan namun pengantin perempuan tergamak membuat pembatalan tiga hari sebelum majlis berlangsung. Tidak mampu berbuat apa-apa, Nidzam akhirnya menjadikan majlis perkahwinan tersebut sebagai majlis doa selamat.
Pengantin lari, duda kali kedua. Tetap senyum. Takdir memisahkan kita. Tarikh bersanding adalah 18 Disember 2022. Pelamin sudah siap tetapi pengantin lari. Pelamin anganku musnah, kecundang.
Menerusi video lain, kelihatan Nidzam sempat ditatarias oleh jurusolek memadangkan khidmat tersebut tidak dapat dibatalkan. Kelihatan juga para tetamu dan kenalan hadir ke majlis doa selamat yang berlangsung.
Tiba di hotel untuk ditata rias, masih boleh tersenyum. Kembali bergelar duda setelah majlis perkahwinan bertukar menjadi majlis doa selamat. Meja santapan sepatutnya aku duduk dengan yang tersayang tapi menghilang. Tetamu undangan mula menikmati hidangan sebab katering tak boleh batal sebab dah bayar. Jadi buat sedekah, makan-makan.
Meskipun impian untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua gagal, tetapi Nidzam percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya dan perancangan Allah SWT adalah yang terbaik.
Jangan tanya pengantin perempuan mungkin ada sebab tak dapat dielak dan ada hikmah tersembunyi, mungkin salah dua-dua belah pihak. Kita hanya merancang Allah SWT berikanlah kekuatan.
Video
Sumber: TikTok Nidzman0907