Melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Itulah pepatah yang sesuai untuk ibu bapa mendidik anak-anak mereka seawal usia setahun lagi. Pengguna Twitter Akif Basri, kongsi beberapa tips dan cara untuk mendidik anak yang tidak dengar kata. Tak perlu marah atau pukul mereka pun…
Ada beberapa langkah untuk melarang anak anda daripada melakukan perkara yang berbahaya seperti mendekati plug elektrik. Dimulakan dengan intonasi yang lembut dan meninggikan suara sekiranya cara tadi tidak berkesan.
Malah, pasangan anda juga perlu menggunakan tindakan yang sama. Ini adalah bagi mengelak daripada anak anda keliru dengan undang-undang mana satu betul atau salah.
Disebalik teguran tegas pada anak, jangan lupa untuk memuji tindakan anda anda tadi. Puji mereka semula untuk mengambil hati dan menyedarkan bahawa tindakan mereka itu adalah dilarang kerana berpotensi undang bahaya.
Cara mendidik anak tidak perlu marah atau pukul mereka. Tindakan sedemikian mampu memberi kesan negatif kepada mental anak anda.
Sumber: Akif Basri