berita

Lagi Kes Individu Pakai Wristband Merah Jambu Di Restoran!

July 21st, 2020 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKNP) sedang mengesan wanita yang dipercayai melanggar arahan kuarantin. Menerusi gambar viral di media sosial, wanita tersebut dilihat makan di sebuah restoran sedangkan masih memakai wristband merah jambu daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Artikel berkaitan: Rileks Je Makan Di Restoran Walaupun Sedang Dikuarantin, KKM Cari ‘Makcik’ Ini

Terbaru, viral pula gambar seorang lagi individu memakai wristband yang sama di tempat awam.

Lagi kes di kedai makan

Di Twitter, seorang pengguna memuat naik gambar lelaki memakai wristband merah jambu berada di sebuah kopitiam di Desa Sri Hartamas.

Individu ini bertindak keluar dari tempat berkenaan kerana menyifatkan orang tidak bertanggungjawab sebegini degil dan tidak boleh ditegur.

Mohon ambil tindakan

Orang ramai menggesa tindakan berat dikenakan kepada pelaku ini dengan segera. Mereka tidak mahu kes semakin meningkat dari hari ke hari. Perkara ini sepatutnya dipandang serius kerana melibatkan nyawa ramai.

Sumber : Isaac Osman TV

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×