berita

Lagi Kes Kahwin Budak Bawah Umur Rakyat Malaysia, Ini Pendedahan Kadi Thailand

July 22nd, 2018 | by faris
Kini Trending

Satu Malaysia meluahkan rasa marah terhadap seorang lelaki 41 tahun yang berkahwin dengan isteri ketiganya yang berusia 11 tahun di Kelantan, baru-baru ini. Netizen berpendapat hak kanak-kanak untuk membesar dengan sempurna selain mendapatkan pendidikan perlu dilindungi pihak berwajib.

Reda isu itu, rupanya ada lagi kes serupa yang baru saja berlaku yang turut membabitkan pengantin di bawah usia dibenarkan.

Guna khidmat kadi Thailand

Kali ini kes membabitkan budak perempuan berusia 13 tahundan pasangannya yang berumur 19 tahun. Mereka dinikahkan oleh kadi dari Thailand namun tidak tersebar dalam media sosial seperti kes sebelumnya.

Menurut laporan Berita Harian, kadi berkenaan, Ibrahim Husin, akad nikah pasangan itu dilakukan di masjid Kampung Nibong pada 20 Jun lalu.

Budak perempuan 13 tahun dan pasangannya menemui saya bersama dua saksi dan wali yang juga bapa saudara pengantin.

Bapa saudara itu memaklumkan kepada saya gadis itu berasal dari Kelantan dan pemuda itu dari Terengganu ingin berkahwin dan beliau adalah wali mereka. Selepas saya meneliti segala dokumen berkaitan yang diserahkan saya bersetuju mengahwinkan mereka di Masjid Al-Uluwiah.

Biasa kahwinkan pasangan muda Malaysia

Gambar hiasanTambah Ibrahim lagi, dia memberitahu kepada pasangan itu perkahwinan mereka akan didaftarkan Majlis Agama Islam Narathiwat dan mereka perlu sekali lagi berbuat demikian di Malaysia.

Saya menjalankan tanggungjawab dengan betul. Mereka ingin berkahwin dan berdasarkan syariah, mereka boleh kahwin asalkan ada wali sama ada bapa pengantin perempuan, adik lelaki atau saudara terdekat dan perempuan itu mesti akil baligh.

Katanya, dia kerapkali sudah menikahkan pasangan muda dan bawah umur dari Malaysia.

Sebelum ini, saya pernah mengahwinkan beberapa pasangan dari Malaysia termasuk budak berusia 12 tahun dan bawah 16 tahun, tetapi perkahwinan mereka semuanya sah dari segi agama.

Situasi begini biasa bagi saya dan juga penduduk Muslim di sini.

Sumber: Berita Harian, Twitter

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×