berita

Lagi Kes Konkrit Lebuh Raya Dalam Pembinaan Runtuh, Tiga Pekerja Dipercayai Cedera

June 19th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, terdapat beberapa kes kemalangan di tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) sehingga mengakibatkan kematian.

Artikel berkaitan: Bongkah Konkrit Pula Jatuh Di MRR2, Pengguna Jalan Raya Kini ‘Trauma’

Terbaru, wartawan, Mohd Redzuan Abdul Manap melaporkan bahawa konkrit yang masih dalam pembinaan di Sungai Buloh-Kota Damansara pula telah runtuh lewat petang tadi.

Kejadian konkrit runtuh

Menurut Redzuan, kejadian konkrit lebuh raya yang masih dalam pembinaan di Sungai Buloh-Kota Damansara itu runtuh lewat petang tadi. Tambahnya, beberapa pekerja dilaporkan cedera dan kesemua mereka telah dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

Menerusi laporan Harian Metro pula, konkrit lebuh raya setinggi 12 meter di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) Sungai Buloh-Kota Damansara itu runtuh dan menyebabkan tiga pekerja warga Bangladesh cedera ringan. Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 7.14 malam tadi dan tiba di lokasi kejadian 13 minit kemudian.

Kejadian membabitkan runtuhan konkrit lebuh raya dalam pembinaan di mana tiga pekerja warga Bangladesh berusia 20 hingga 40-an mengalami cedera ringan. Ketika kejadian mereka sedang melakukan kerja di bawah terkena serpihan konkrit.

Tambah Norazam, seramai sembilan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi kejadian.

Sumber: Redzuan Abdul Manap & Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×