berita

Lagi Kes Pemandu Mabuk, Dua Sahabat Maut Motosikal Dilanggar

February 11th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Ini bukan kali pertama kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk di Malaysia. Terbaru, dua sahabat maut selepas motosikal mereka dilanggar pemandu mabuk di Kilometer 13 Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) arah Sungai Dua.

Dirempuh pemandu mabuk

https://www.facebook.com/BuletinTV3Official/videos/188826615782244/?__xts__[0]=68.ARB17HPxrPMWtJNneB37Fa5Wcjtw8IBkvYYtCnuOC3InbzhK2e6o2KdWCLFftWFeSHZDxTzdkBeraw0GZzATWsU84_SRrRywYj5fBXM3LfeZR792ks-AVxOblrCZiH-l3wZoZqR_d1-FCj-6D0xb68iD3obpWZNZ4IRMcjJ8TbnhjTb4ND3V-4T76ZbpjUHpLv8VRp_x9Yp0avXPLHEm1iJSPkL1rd42OxiY-nM_RKgJW13wTYn-cZsvjlEu4TnCQW31e26HrdBNRr75dWA6tAVpm3a9nedtLA7XaglrISLJ4K-gpKJsnL0hiMazLjEVYDFrcwQiGERpfdK1tFrwps_MUVT8pld6GDmMQg&__tn__=-R

Dua mangsa yang dikenali sebagai Muhamad Syaiful Hilmi Rosidi dan Muhammad Amin Najmi Azaman telah menjadi mangsa dirempuh pemandu mabuk. Kedua sahabat ini disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian pada sekitar jam 2.30 pagi tadi, 11 Februari 2020. Kedua mangsa ini berasal dari Kampung Paya Keladi Hujung, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Menurut laporan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata kemalangan itu berpunca daripada sebuah kereta jenis Toyota Vios melanggar belakang motosikal jenis YAMAHA 125ZR ditunggangi mangsa menyebabkan kedua-dua mereka parah di kepala dan badan.

Di bawah pengaruh alkohol

Apabila sampai di KM13 BORR arah Sg Dua, wanita itu melanggar bahagian motosikal menyebabkan pembonceng dan penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan manakala, motosikal mereka terbakar. Mayat kedua-dua mangsa di bawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk bedah siasat.

Bagaimanapun, suspek wanita berusia 47 tahun itu telah direman untuk siasatan lanjut. Berdasarkan hasil ujian alkohol yang dijalankan telah mengesahkan suspek wanita itu memandu di bawah pengaruh alkohol tetapi didapati air kencing negatif dadah. Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan (APJ) 1987.

Sumber: Buletin TV3, Berita Harian

SKIP THIS AD ×