berita

Lagu Raya MonoloQue, Hari Raya Ini Dalam Sejarah

August 16th, 2013 | by Ai
Video Popular

Monoloque

Pernah dengar ayat ‘hari ini dalam sejarah’? Lain pula dengan yang ini, Monoloque muncul dengan lagu raya berjudul Hari Raya Ini Dalam Sejarah.

Berdurasikan 4.32 minit, lagu ciptaan Monoloque ini merupakan lagu raya pertama darinya yang juga merupakan salah seorang dari juri rancangan televisyen, Versus. Sememangnya seorang komposer yang berbakat, Monoloque turut menyelitkan elemen muzik tradisional dalam Hari Raya Ini Dalam Sejarah.

Tidak lari dari konsepnya, Monoloque turut mengekalkan identiti yang sama dalam lagu raya ini seperti mana yang kita ketahui dalam lagu-lagunya sebelum ini. Jujur kami kata, apa saja lagu ciptaan Monoloque boleh diketahui melalui susunan muzik dan kelainan yang diberikan oleh komposer ini.

Lihat saja pada komen-komen para pendengar lagu ini. Cukup positif kan?

Screen Shot 2013-08-05 at 2.26.18 PM

Bagi anda yang mahu mencari kelainan didalam lagu raya, Hari Raya Ini Dalam Sejarah mampu menggamit kenangan raya anda. Mari dengar selepas ini ya!

SKIP THIS AD ×