berita

Lagu Terbaru Hijjaz Mengenai Al-Qassam Tarik Perhatian Media Arab

July 16th, 2014 | by Ai
Video Popular

Hijjaz

Setakat hari ini, serangan bertubi-tubi yang dilancarkan oleh tentera Israel terhadap Gaza telah mengorbankan 200 nyawa. Di laman-laman sosial, pelbagai video telah menjadi viral dalam sekelip mata.

Malah, ramai selebriti tanah air yang menjadikan medan Twitter, Facebook dan Instagram sebagai laman meluahkan keprihatinan terhadap nasib penduduk Gaza.

Terbaru, video klip daripada kumpulan nasyid Hijjaz betul-betul mencuri perhatian kami. Malah, MV ini dikatakan sudah menjadi viral di Gaza. Menarik!

Screen Shot 2014-07-16 at 10.21.05 AM

Kalau nak tahu, lagu ini menceritakan mengenai tentera Al-Qassam dan bagaimana mereka berusaha mempertahankan Masjid Al-Aqsa dan juga Baitul Maqdis.

Screen Shot 2014-07-16 at 10.25.38 AM

Menurut sumber dari Awani, ia telah mendapat permintaan luar biasa dari media Arab serta Gaza apabila video klip terbaru ini dimuat turun serta ditayangkan berulang kali dikaca TV Gaza.

Lebih menarik, walaupun baru empat hari disiarkan di laman Youtube, MV berdurasi 5:34 ini sudahpun mencapai hampir 50 ribu penonton.

Malah, MV ini turut membangkitkan semangat rakyat Malaysia yang begitu prihatin dan bersedih dengan nasib yang menimpa Gaza.

Screen Shot 2014-07-16 at 10.22.06 AM

Walaupun tidak boleh ikut sama berperang, mereka menganggap MV ini sebagai pembakar semangat untuk penduduk Gaza.

Apapun, kami turut bersimpati dengan nasib yang menimpa penduduk Gaza dan kami doakan perperangan ini akan segera berakhir dan Palestin bebas dari cengkaman Israel.

Kepada anda yang masih belum menonton MV ini, nah!, kami sediakan khas untuk anda. Semoga kita semua peroleh sesuatu dari MV ini ya?

SKIP THIS AD ×