berita

Lagu Tropicana Twister Ni Selalu Bermain Di Minda Kita Dulu! Sekarang Ni Tropicana Ni Dah Ada Rupa Baru Tau!

October 29th, 2018 | by Epul
Shout Out!

Kalau dulu korang sebut nama Tropicana Twister ni tak sah kalau korang tak menyanyi lagu iklan dia tu kan? Tropicana Twister~~

Rangkaian jenama jus buah-buahan nombor 1 yang menjadi kegemaran korang dan seluruh rakyat Malaysia selama ini, Tropicana Twister kini berwajah baru! Packaging kali ni direka supaya lagi menyerlahkan dan memberikan lebih kesegaran tau! Kenalah dengan jiwa muda korang tu kan?

Jika dulu, rekaan paket luar botol jus Tropicana Twister menampakkan label yang diletakkan di bahagian atas. Kini, ia dialih sedikit ke bawah dan diberi sentuhan rekaan paket luar yang baru bagi menyerlahkan penampilan premium. Kalau minum tu, rasa lebih eksklusif gitu…

Dengar cerita botol Tropicana Twister edisi ni special? Apa yang specialnya tu?

Jangan takut, walaupun botol dah baru tapi rasa masih sama! Tropicana Twister masih mengekalkan kesegaran jus mereka dengan menggunakan hanya jus buahan sebenar bagi menawarkan rasa segar dan kebaikan buah sebenar.

Setiap botol dipenuhi dengan isi buah-buahan sebenar dan vitamin untuk memberikan kesegaran buat korang semua menjalani hari-hari mencabar.

Sama seperti sebelum ini, jus Tropicana Twister tetap kaya dengan sari buah oren sebenar yang ketara dan penuh rasa jus oren. Oleh itu, dapatlah korang menikmati 3 kali lebih jus daripada jus oren sedia ada*!

Satu tegukan jus Tropicana Twister sudah cukup untuk korang merasakan kesegaran air oren tu. Disaat air tu lalu kat tekak fuh, rasa macam makan buah oren betul! Siap boleh rasa sensasi letupan sari buah oren penuh jus, segar betul tekak kalau minum sejuk waktu panas-panas!

Rekaan botolnya yang kecil mudah dibawa, sesuai untuk korang yang sentiasa on-the-go dan juga boleh diberikan kepada tetamu untuk majlis-majlis tertentu.

Jadi apa lagi, jom dapatkan jus buah-buahan yang menyegarkan dari Tropicana Twister ni sekarang! Ia boleh didapati di mana-mana kedai runcit, stesen minyak dan pasaraya yang mengambil bahagian dalam botol berisi 1.5L dan 355ml.

Korang juga boleh follow Facebook Tropicana untuk lebih banyak info dan promosi terkini okay!

*Dibandingkan dengan isi buah oren Tropicana Twister Fruit Pulp

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×