berita

‘Lama Juga Kali Ni Kena Bertarung Nyawa’ – Sari Yanti Kongsi Pengalaman Bersalin Baby Baru

June 18th, 2020 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Umum mengetahui pelakon, Sari Yanti selamat melahirkan cahaya mata keduanya bersama Jep Sepahtu pada Jun yang lalu. Menerusi akaun Instagram, dia sempat berkongsi pengalaman melahirkan bayinya itu.

Banyak kali belum tentu senang

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sari Yanti (@sariyanti) on

Assalammualaikum. Hari ni kakak ada masa terluang sikit nak share pasal kelahiran baby baru kakak. Dah hari ke 10 hari ni. Tadi pun dah pergi first hospital visit dengan Baby. 6 june 2020 hari bersejarah lagi sekali dalam hidup kakak. Hari deliver baby yang ke 4 dari kandungan yang ke 6. Huhu.. boleh faham tak? Ceritanya kakak masuk labour room lepas subuh. Tapi sang putera decided nak keluar lambat sikit. Bertarunglah kakak nak keluarkan dia. Menangis tahan sakit. Dalam sakit sakit tu bersyukur sangat dengan nurses yang bantu kakak. Terima kasih kakak ucapkan untuk Kak Has, Kak Riza, Kak Bedah dan team.

Suami kakak. Punyalah gusar suami tunggu. Sebab kakak memula confident jugak mungkin boleh bersalin tengahari ternyata, walau dah banyak kali deliver baby pun belum tentu senang. Lama jugak kali ni kena bertarung nyawa. Syukur semuanya dah selamat. Ingat balik wajah suami tunggu tu priceless. Risau campur sedih, macam dia nak ikut nangis sekali agaknya apatah yang dia rasa. Terima kasih sayang. Sebab sentiasa ada dan bagi semangat untuk I @jepsepahtu.

Menurut Sari Yanti, hari ini genap usianya anaknya 10 hari. Bercerita mengenai pengalaman bersalin, dia memberitahu bahawa kali ini dia mengambil masa agak lama untuk bertarung nyawa. Perasaannya juga bercampur baur ketika itu tatkala, melihat wajah suami tercinta. Tambahnya, Jep merupakan pembakar semangatnya ketika berada di dewan bedah.

Selalu ramai yang tunggu

Mak ayah keluarga biasanya bila keluar je dari labour room ramai dah tunggu dekat luar. Mak, ayah, aunties, cousins, kawan kawan rapat semua ada belaka. Kali ni lain. Suami sorang je yang boleh ada. Dalam suasana pandemic ni Mama kakak kena tunggu kat rumah je. Kali ni kiriman doa je ikut sama. Doa mama, doa baba, doa mak abah, seluruh keluarga dan sahabat handai. Pukul 11.44pm Baby pun selamat dilahirkan. Subhanallah walhamdulillah walaillahaillallah Allahuakbar. Syukur Alhamdulillah.

Alhamdulillah untuk semuanya Ya Allah Ya Rabb. Untuk kesakitan, Untuk pengalaman, untuk setiap titik keringat dan air mata, untuk satu lagi anugerah, untuk cinta dan sayang suami, untuk doa dan kasih ibu bapa, untuk sokongan keluarga dan sahabat untuk keselamatan dan kesihatan. Untuk berjuta nikmat mu Ya Rahman Ya Rahim. Alhamdulillah.

Tambahnya, pengalaman kali ini juga sedikit berlainan apabila kesemua ahli keluarga tidak dibenarkan melawat ekoran wabak yang sedang melanda. Berkat doa ahli keluarga dan peminat dari jauh, Sari turut memaklumkan yang dia selamat melahirkan zuriat tersebut secara normal dan beratnya 3.34kg.

Sumber: Sari Yanti

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×