berita

Lama Terkurung Di Rumah, Celoteh Si Kecil ‘Mengadu’ Pada KKM Bikin Terhibur – ‘Aku Mau Pergi Pantai, Boleh Ka?’

September 14th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Pandemik Covid-19 yang melanda negara sememangkan telah membataskan pergerakan kita teruatamanya kanak-kanak.

Namun, berbeza pula ceritanya kali ini apabila ada seorang kanak-kanak ‘meluahkan’ perasaannya dengan meminta ‘kebenaran’ daripada KKM untuk keluar bersiar-siar.

‘KKM boleh ka sudah keluar budak-budak?’

Video rakaman suara seorang kanak-kanak perempuan yang dikenali dengan nama Aisyah itu dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu Cik Nana (jnhjhd). Menerusi video pendek itu memaparkan perbualan suara di WhatsApp di antara Aisyah dan Cik Nana. Aisyah kononnya ‘bertanya’ kepada Kementenrian Kesihatan Malaysia (KKM) sama ada kanak-kanak sudah dibenarkan keluar rumah ataupun tidak kerana dia ingin pergi berkelah di pantai.

Aisyah dengan loghat Sabah sempat mengadu bahawa dia sudah lama terkurung di rumah. Menurut Cik Nana, topik perbualan itu mula tercetus selepas Aisyah melihat berita di televisyen ada ibu bapa yang sudah mula membawa anak-anak berkelah di tepi sungai.

KKM boleh ka sudah keluar budak-budak. Lama sudah aku terkurung di rumah. Aku mahu pergi pantai, boleh ka? Aku nampak di berita di KL boleh sudah budak-budak itu keluar. Boleh ka? Patut bah aku di rumah terus terkurung? Cik Nana selalu marah-marah.

Petahnya adik bercakap

Video yang dikongsikan telah mendapat lebih daripada 400k tontonan dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Kebanyakan netizen terhibur mendengar celoteh anak kecil itu. Malah tidak kurang juga ada yang menyifatkan Aisyah seorang kanak-kanak yang bijak selain petah berbicara.

Sumber: Jnhjhd

SKIP THIS AD ×