Bila cakap pasal relationship ni, sis rasa kagum sangat tengok orang yang kekal lama sampai ke tua. Maksud sis daripada pasangan, jadi tunangan, lepastu kahwin. Sampailah mereka dah beranak cucu! Sebenarnya tak susah nak kekal lama dalam hubungan.
Tapi pastikan ada effort dari kedua-dua belah pihak. Bukan setakat effort je, tapi ke dua-dua belah pihak kena ada ‘on the same page‘ lah orang kata. Jom belajar dengan sis 5 cara macam mana nak kekal lama dalam relationship.
1. Belajar jadi setia pada yang satu.
Ada masa kita kena berjauhan dengan pasangan kita tu. Berjauhan bukan bermaksud peluang untuk kita cari orang lain bagi isi masa terluang kita tau!
Bila rasa sunyi masa berjauhan, sis sarankan korang bersenam ataupun keluarlah dengan kawan-kawan. Kalau rindu, video call kan ada. Zaman sekarang dah canggih!
2. Jangan abaikan pasangan
Janganlah asyik sibukkan diri korang tu. Tak susah pun nak text tanya si dia dah makan ataupun belum. Tak sampai seminit pun uolls! Sekurangnya si dia akan tahu yang korang sayang dan tak pernah lupakan dia. Walau sesibuk mana pun korang haritu, luangkanlah beberapa minit untuk si dia. Tanya khabar pun dah cukup.
3. Hormat antara satu sama lain
Dekat dunia ni takda manusia yang sempurna. Jadi korang takkan jumpa pasangan yang sempurna. Korang hanya akan jumpa pasangan yang melengkapi hidup korang je.
Jadi apa saja kekurangan dan kelebihan dia atau pendirian dia, korang kena hormat. Macam mana korang nak dia hormat pendirian korang, macam tu jugalah korang kena hormat dia. Fair and square kan?
4. Sentiasa jujur, elak menipu pasangan
Macam mana nak elak penipuan tu? Senang je! Korang kena sentiasa communicate antara satu sama lain. Tak semestinya kena 24/7.
Cuma bila korang ada masalah ke atau perkara yang korang patut cerita, jangan rahsiakan daripada satu sama lain. Kena ingat yang ‘COMMUNICATION IS THE KEY‘!
5. Luangkan masa yang terluang bersama
Yang ni korang kena pandai bahagikan masa. Ada masa bersama kawan-kawan, keluarga ataupun pasangan korang. Jangan berat sebelah. Contohnya, banyak masa terluang korang tu diisi dengan kawan-kawan je. Manalah si dia tak merajuk. Lagi satu hal pula nanti asyik bergaduh je.
Kalau nak senang, korang bawak je pasangan korang tu lepak dengan kawan atau keluarga. Ha! Senang cerita korang kena pandai bahagikan masa je.
Apapun bagi sis, komunikasi tu penting dalam mengekalkan hubungan korang sampai ke jannah. Tak gitu? Sentiasa jujur, setia dan paling penting sayang antara satu sama lain. Harap entri kali ni membantu korang.
Apapun korang jangan lupa untuk follow Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan fesyen, mekap dan lifestyle wanita yang trendy dan terkini.