Apabila sudah berjanji, kita mestilah berusaha untuk menepatinya. Apatah lagi apabila melibatkan masa, sudah tentu teramat penting untuk kita sentiasa sampai tepat pada waktunya. Lebih-lebih lagi jika komitmen kita akan memberi kesan kepada pihak lain.
Pelakon paling hangat masa kini Janna Nick didakwa buat hal dengan penganjur satu acara di ibu kota. Dia dikatakan lewat tiba di lokasi dan memberi alasan mengenai kelewatannya itu. Betul ke Janna?
Janji pukul 8, 8.45 tengah makan tempat lain
Seorang wanita dipercayai terlibat dengan penganjur membuat post Tweet meluahkan rasa kecewanya dengan komitmen Janna dengan pihaknya.
Lambat sebab ada kematian, tapi Instastory sambut birthday
Pihak pelakon meningkat naik ini juga dikatakan menggunakan alasan ada kematian yang berlaku sehari sebelumnya sekaligus melewatkan kedatangan Janna. Namun menerusi Instastory peminatnya, Janna dilihat menyambut hari jadi pada pukul 8.30 malam! Biar betul?
‘Kalau tak pandai, jangan berhenti belajar, kita ada TVET’
Janna juga turut didakwa memperlekehkan pelajar aliran teknikal dan kemahiran ketika diminta mempromosikan salah satu booth yang ada di acara itu.
Ini pula respon pengurus Janna
Tidak mendiamkan diri, pengurus Janna bernama Afeeq Ricardo membalas tweet Nadia itu dan mengatakan dia tidak pernah pun menggunakan alasan ada kematian kerana kelewatan Janna. Afeeq juga meminta Nadia memadam tweet berkenaan dan bersemuka dengannya.
Ini pula video respon Janna kepada Nadia
hi @nadiaazlan ..
u just want attention
u dont want my heart ?#expoNegaraku pic.twitter.com/ql0W03gf6v— JANNA NICK (@jannanick95) December 7, 2017
Sumber: Nadia Azlan