berita

Lambat Siapkan Teh, Suami Tetak Kepala Isteri Guna Pedang

December 21st, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang lelaki berusia 52 tahun didakwa menggunakan pedang untuk menetak kepala isterinya kerana lewat membawa teh untuknya.

Artikel Berkaitan: Gadis Dibunuh Keluarga Sebab Tak Nak Kahwin Dengan Sepupu

Artikel Berkaitan: Lelaki Maut, Leher Cedera Parah Terkena Mesin Pemotong Besi

Terlalu lama

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan Geo News, suspek dilaporkan menikam isterinya sebanyak 15 kali dengan pedang sebelum menetak kepalanya .

Menurut Superintendan Polis Vivek Yadav motif di sebalik serangan kejam itu didedahkan kerana mangsa mengambil masa terlalu lama untuk menyediakan tehnya.

Vivek menjelaskan bahawa suspek yang bangun beberapa minit selepas isterinya, segera meminta teh.

Namun selepas lima minit berlalu, suspek pergi meminta air tehnya sekali lagi sebelum dia dimaklumkan bahawa ia akan mengambil masa 10 minit.

Mendengar jeritan mangsa, penduduk kampung segera bergegas ke rumah mereka dan mendapati mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

Tiga anaknya yang tidur di dalam bilik juga terkejut melihat ibu mereka menjerit dan terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

Disebabkan itu, suspek telah ditangkap dan penyiasatan sedang dijalankan

Sumber: NDTV, Geo News

SKIP THIS AD ×