berita

Lan Solo Bersyukur Hadiah Dari Tuhan, Tidak Malu Anak Sumbing

February 26th, 2018 | by Amat
Lensa Insta

Tahniah, kami ucapkan buat pasangan Lan Solo dan isteri kerana telah menerima cahaya mata yang keempat pada 24 Februari 2018 lalu. Pasangan ini telah bernikah pada 5 Disember 2009 dan dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 8, Nur Amna Qeesyara, 6, dan Muhammad Akid Qassyaff, 4.

Manakala anak bongsu bernama Nur Amna Quxandra dilahirkan di Rumpai Puteri Medical Centre. Walaupun, anak mereka ini sumbing di bibir Lan dan isteri bersyukur atas kurniaanNya. Beberapa foto dikongsi pada laman Instagram miliknya.

Sumbing bibir

Bayi dengan berat 2.5 kg ini sumbing bibir sahaja dan dinasihati doktor menjalani pembedahan apabila berat bayi mencecah 5 kg.

Bayi sihat

Pasangan ini juga tidak malu untuk berkongsi foto anak mereka di laman sosial. Malah, mereka bersyukur kesihatan bayi dalam keadaan sihat. Sumbing anaknya ini adalah ringan kerana tidak melibatkan lelangit dan hidung.

Belajar memahami

Pasangan ini redha dan melihat hikmah disebalik anugerahNya. Mereka mula belajar dan kumpul ilmu mengenai masalah sumbing ini bagi memahami keistimewaan anak. Apapun, tahniah sekali lagi atas kelahiran anak keempat Lan Solo dan isteri.

Credit: Metro

SKIP THIS AD ×