Pelakon Lana Nodin menyaksikan perubahan suaminya Mohd Daud McKienzie menjadi seorang muslim yang lebih baik selepas 10 tahun memeluk Islam.
Artikel Berkaitan: ‘Suami Pun Tak Tahu Sakit Apa?’ – Lana Nodin Meraung Kesakitan, Kena Masuk Hospital
Artikel Berkaitan: Lana Nodin Tampil Berhijab, Mahu Bimbing Diri & Keluarga Ke Arah Lebih Baik – ‘Saya Masih Dalam Fasa Percubaan’
Ucap rasa syukur
Ketika ditemui OhBulan!, Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin berkata, suaminya kini lebih mendalami Islam secara perlahan-lahan dan mampu untuk berkongsi ilmu sedikit sebanyak bersama anak-anak.
Dia banyak bertanya, dia bukanlah liberal. Maksudnya kalau dia nak terangkan tentang sesuatu perkara dia akan memahami terlebih dahulu terutama jika disoal oleh anak-anak.
Sekarang dia dah tahu bagaimana nak mendidik anak-anak tentang perkara asas dalam Islam kerana anak-anak juga sering bertanya.
Aktres berusia 44 tahun itu turut memberitahu, perubahan paling ketara yang dilihat pada suaminya adalah tentang ibadah solat.
Dia pun sudah solat lima waktu dan anak-anak pun sering bertanya kalau tak solat. Kalau dulu saya yang akan jawab tapi sekarang saya nak dia jawab sendiri.
Alhamdulillah, nampak perubahan daripada susah nak solat, sekarang senang nak solat. Dia jenisnya sangat menepati masa ketika solat Jumaat.
Lana berkata demikian ketika ditemui di pelancaran produk Noir X RO yang berlangsung di Ampang Glasshouse, Ampang pada malam Sabtu.
Walau bagaimanapun, Lana mengakui bukan mudah untuk menggalas tanggungjawab membimbing suaminya. Justeru itu, setiap minggu dia dan keluarga akan mempelajari ilmu agama bersama guru mereka.
Cabaran untuk saya untuk membimbing sebab kadang kala ada perkara yang kita sendiri tak tahu.
Setiap Ahad akan ada ustaz dan ustazah yang datang mengajar kami.
Menurut ibu kepada dua orang anak ini, latar belakang Daud yang pernah menetap di negara yang majoriti penduduknya beragama Islam juga telah memudahkan kefahamannya tentang agama.
Dahulu David tinggal di Abu Dhabi selama tujuh tahun dan ramai kenalannya orang Arab, jadi apabila dia peluk Islam sangat mudah. Contohnya puasa, dia pun pernah berpuasa sebelum ini sebab dia atlet jadi dia kata puasa tu bagus.
Untuk info, Lana dan Daud berkahwin pada 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Gia Quinn McKienzie,8, dan William Daud McKienzie, 5 tahun.