berita

Lana Nordin Akui Sedang Berkawan Rapat Dengan Pelakon Baru. Handsome!

June 24th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

AFQ_2367

Baru-baru ni Lana Nordin kerap berkongsi gambar-gambar seorang lelaki yang boleh tahan kacak di laman Instagram miliknya.

Jika melihat kepada kapsyen ditulis, ramai beranggapan jejaka tersebut hanyalah rakan pelakon yang turut membintangi filem yang sama dengan Lana berjudul Biasan.

Tapi diam tak diam, ada juga yang dapat menghidu sesuatu sedang terjalin antara mereka. Dakwaan tersebut diperkuatkan lagi apabila Lana dilihat sering membawa pelakon baru berkenaan ke majlis-majlis besar.

lana nordin-2

Kalau dah ditayang kemesraan tu, masakan cuma berkawan biasa, kan? Apapun, kesempatan bertemu Lana dan temannya yang dikenali sebagai Mas Khan itu di majlis pelancaran Airish Fashion Cosmetic semalam sedikit sebanyak merungkai persoalan mengenai hubungan mereka.

Saya dengan dia baru berkawan, belum bercinta lagi. Lana tak nak lagi letak di mana-mana media mengatakan Lana bercinta. Sebab bila saya buat macam tu, orang macam berharap. Kalau saya rasa nak kahwin dengan seseorang tapi tak jadi, orang akan menghentam. Saya dah tak nak orang mengata saya sebab kontroversi. Saya perlu berpijak di bumi yang nyata di mana jodoh adalah kuasa Allah.

Saya bawa dia ke majlis supaya dia dapat berjumpa dengan media dan mencari peluang untuk majukan diri dia. Bukan niat untuk menunjuk-nunjuk.

Dalam pada itu, Mas Khan atau nama sebenarnya Mas Hidzhir Khan yang popular menerusi drama bersiri Gerak Khas itu sempat pula memuji personaliti Lana. Ehem.

lana nordin-4

Memang kitorang ada bertegur sebelum ni sebab nak dapatkan chemistry. Mula-mula I pun nervous juga nak berlakon dengan Lana Nordin dalam Biasan. So, first day nak kena jumpa untuk dapatkan keserasian tu, dia memang sombong. Tapi sebenarnya dia sweet and caring. I tak pandang kontroversi dia, for me, past is past. Saya tak ada masalah kalau orang nak cerita pasal bekas kekasih dia sebab kami tengah mengenali hati budi.

Manakala Lana pula selesa berkawan dengan Mas Khan kerana kematangannya walaupun jarak usia mereka agak jauh berbeza. Seperti biasa, lelaki yang berkawan dengan Lana pasti lebih muda daripadanya.

Dia easy going, senang nak bertoleransi, sangat open-minded dan berterus-terang. Dia tak kisah pasal benda remeh-temeh. Bagi dia semua orang ada sejarah. Dia juga sangat berfikiran matang walaupun baru berusia 20-an kalau nak dibandingkan dengan i yang dah 30-an.

Biarkan pasangan ini berkawan dan mengenali hati budi masing-masing dulu. Mana tahu jodoh mereka sudah ditetapkan untuk bersama. Asalkan tak merampas hak milik orang sudahlah, kan?

SKIP THIS AD ×