“Bila memang harus berpisah
Aku akan tetap setia
Bila memang ini ujungnya
Kau kan tetap ada
Di dalam jiwa”
Eh, ikut nyanyi sekali ke tu? Haa, sedap kan lagu dia? Penyanyi dia pun boleh buat bergetar tulang rusuk kiri abang… Vokal pelantun lagu Tetap Dalam Jiwa, Isyana Sarasvati yang berasal dari Bandung, Indonesia ni memang ‘power’. Sekali dia ‘tarik’, cukup untuk buat kita lupa sejenak masalah hidup dan ikut dia nyanyi sekali.. Cantik kan dia?
OHBULAN! berpeluang bertentang mata dengan Isyana sendiri di Singapura sempena Anugerah Planet Muzik.. Alang-alang tu kami tanya mengenai album kedua Isyana iaitu ‘Paradox‘ yang baru dilancarkan September lalu. Nak tau apa yang best tentang album keduanya tu? Ikuti temubual kami dengan Isyana!
Curahan isi hati
OHBULAN!: Kongsikan serba sedikit mengenai album Paradox?
Isyana: Judul Paradox diambil kerana saya mahu berkongsi perasaan bagaimana menjadi seorang ‘introvert’. Namun, masih mengekalkan profesion sebagai seorang penghibur. Saya lahir dan dibesarkan bersama muzik klasik, tapi peminat mengenal saya dengan muzik pop. Padahal dulu pernah join opera, jauh beza kan?
OHBULAN!: Berapa jumlah lagu dalam Paradox? Adakah genre sama seperti album pertama?
Isyana: Ada 10 lagu kesemuanya. Genre sebenar masih pop, tapi ada banyak influence jadi ada yang pop, pop rock, classical pop, RnB pop. Kesimpulannya, banyak variasi di dalam album terbaru ni.
OHBULAN!: Siapa orang-orang di sebalik pembikinan album Paradox?
Isyana: Hampir semuanya dari saya sendiri, tetapi ada juga kolaborasi bersama Raisa Andriana, Gamaliel Tapiheru, Rendy Pandugo dan pemuzik dari Sweden.
OHBULAN!: Dari mana datangnya ilham untuk menghasilkan Paradox?
Isyana: Sebenarnya, ia datang dari pengalaman peribadi sendiri. Dalam album ini, saya ingin menceritakan curahan isi hati yang mungkin peminat belum tahu. Apa yang mereka tahu setakat ini, Isyana itu sangat tertutup bila menyentuh hal peribadi. Jadi, kalau nak mengenal saya dengan lebih mendalam, jom beli Paradox. Gitu…
OHBULAN!: Apa perbezaan antara album pertama dan kedua?
Isyana: Kalau album pertama banyak cerita pasal imaginasi saya saja. Ketika itu masih umur 19 tahun kan, jadi apa lah yang saya tahu waktu itu.. Masih muda dan pengalaman tak banyak. Jadi sekarang, saya kongsi story of my life dan proses pendewasaan dalam lirik dan muzik.
Jumpa kawan lama, terpaksa shooting dalam ‘beku’
OHBULAN!: Berapa lama Isyana habiskan masa untuk hasilkan album Paradox?
Isyana: Sejak Februari tahun ini, kira-kira 6 bulan kami bertungkus lumus menghasilkan album Paradox. Untuk muzik video single pertama ‘Terpesona’ kami lakukan di Jakarta. Manakala, penggambaran muzik video dan rakaman lagu bersama Raisa, kami habiskan masa sebulan di Sweden untuk hasil yang memuaskan.
OHBULAN!: Apa pengalaman yang Isyana tidak dapat dilupakan sepanjang penghasilan album kedua?
Isyana: Paling tak boleh lupa, saat penggambaran di Sweden. Kami terpaksa menahan sejuk sehingga -12 darjah celcius. Hampir beku di sana selama sebulan. Baru nak start shooting, tapi suaranya belum ready. Mulutnya seperti keluar asap! Selain tu, dapat bertemu semula dengan pemuzik dan komposer yang sangat humble, open minded dan sangat ramah. Lepas rindu kami semua!
Korang dah beli belum album terbaru Isyana Sarasvati, Paradox? Dah ada kat pasaran sejak September lalu tau! Haa, Isyana bisik dengan OHBULAN! dia akan keluarkan album seterusnya tapi dalam deluxe version of Paradox dan membawanya ke satu konsep lebih mantap. Korang tunggu okay?
Korang juga boleh dengar album Paradox di semua platform streaming pilihan seperti iTunes, Apple Music, Deezer, JOOX, KKBOX, Spotify, Yonder Music. Nak lagi senang, klik link ni – https://lnk.to/ParadoxAlbum
Jom tengok single Isyana yang terbaru, “Terpesona”!
Best kan?
Cepat dapatkan album Isyana Sarasvati yang terbaru, Paradox di kedai berhampiran korang!
Terima kasih Sony Music Malaysia bawa OHBULAN! ke Singapura untuk jumpa Isyana Sarasvati!