berita

Lancar Lagu ‘Bantu’, Adam Shamil Dedikasi Pada Ibu & Nenek Tersayang

May 12th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Selepas berjaya mengecap populariti sebagai pempengaruh digital, anak muda bernama Adam Shamil kini menaruhkan bakatnya dalam bidang nyanyian dengan meluncurkan lagu terbaharu berjudul Bantu.

Artikel Berkaitan: Lagu ‘See My Level’ Nyanyian Asyraf Nasir, Kowachee Cipta Fenomena Luar Biasa

Artikel Berkaitan: Fenomena Lagu ‘Raya Raya Raya’ Dolla Dapat Sambutan Luar Biasa

Inspirasi ‘Bantu’

Menurut Adam atau nama lengkapnya, Adam Shamil Misran, 29, Bantu merupakan sebuah karya yang boleh didedikasikan kepada orang di sekeliling yang banyak membantu melalui perjuangan hidup seseorang.

Bagi Adam, individu yang banyak menjadi sumber kekuatannya ialah ibu dan nenek tercinta.

Bantu adalah lagu tentang menghargai orang yang mengubah hidup anda. Ia adalah karya indah yang didedikasikan untuk seseorang yang telah bersama anda, melalui perjuangan dan membantu membentuk anda menjadi anda yang hari ini, sehinggakan walaupun suatu hari orang itu meninggalkan dunia ini, anda boleh tenang.

Mengetahui bahawa mereka akan sentiasa bersama walau secara rohani, dan bahawa anda akan sentiasa memerlukan mereka dalam semangat anda untuk membantu membuka mata anda dan melihat dunia.

Pendengar boleh mendedikasikan lagu ini kepada sesiapa sahaja yang bermakna kepada mereka, saya mendedikasikan ini kepada ibu saya yang merupakan ibu tunggal dan nenek saya.

Kedua-duanya adalah tiang dan kekuatan saya dan saya tidak akan berada di tempat saya hari ini tanpa bimbingan mereka.

Adam berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran lagu tersebut yang diadakan di Pavilion Bukit Jalil, baru-baru ini.

Kerjasama dengan Omar K

Berkongsi mengenai perasaan bekerjasama dengan komposer lagu Bantu iaitu Omar K, Shazrir Azeman dan Darien, anak kelahiran Sabah itu meluahkan rasa syukur selain berbangga dengan dirinya sendiri.

Malah, Adam turut merakam ucapan terima kasih kepada syarikat pengurusanya, World Peace Entertainment (WPE) di atas kepercayaan yang diberikan.

Saya amat gembira dengan nukilan lirik dan alunan muzik yang terhasil dari kolaborasi
bersama insan-insan yang hebat dalam persada muzik tanah air iaitu Shazriq Azeman, Darien
dan Omar K yang saya amat kagumi.

Walaupun mereka adalah nama-nama besar, komitmen dan usaha yang diberikan membakar semangat saya untuk menghasilkan Bantu kepada peminat muzik tanahair. Nyanyian dan penulisan lirik adalah jiwa dan memberi kepuasan kepada saya.

Apabila WPE memberikan kepercayaan kepada bakat dan melamar saya untuk
menjadi artis mereka, saya sesungguhnya amat terharu dan bersyukur.

Saya melihat itu sebagai termakbulnya doa serta pengorbanan mereka yang bersama-sama dengan saya dalam usaha saya untuk mewarnai industri dengan kebolehan yang ada, selagi mereka ini ada disamping saya, selagi itulah saya akan terus di sini menghiburkan semua.

Dalam masa sama, Adam berharap orang ramai dapat menerima dengan baik lagu tersebut selain mesej yang dipamerkan sampai kepada pendengar.

Melalui single Bantu ini juga, mesej yang ingin disampaikan diharap dapat memberi manfaat seterusnya meninggalkan kesan yang positif kepada orang ramai.

Di samping itu, saya juga ingin memberi motivasi kepada para pendengar bahawa dalam kita mengejar cita-cita, jangan pernah kita lupa akan mereka yang teguh bersama dengan kita sejak dari kita memulakan langkah yang pertama itu.

Selain berbakat dalam bidang nyanyian dan mencipta kandungan, Adam juga mempunyai kelebihan dalam bidang pengacaraan apabila baru-baru ini dia juga menjadi pengemudi acara pada majlis perkahwinan Dr. Amalina Che Bakri.

Lagu Bantu kini sudah boleh didapati disemua platform digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, iTunes dan banyak lagi.

Manakala muzik video Bantu boleh ditonton di platform YouTube bermula 12 Mei 2023, jam 8 malam.

Video

SKIP THIS AD ×