berita

Lantang Tak Perlu Biadab – Dato’ Siti Nurhaliza

November 13th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Dato' Siti

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan sukan bola sepak tempatan, pastinya sudah sedia maklum dengan konflik yang melibatkan Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Khairy Jamaluddin dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Berikutan konflik tersebut, Khairy Jamaluddin atau lebih mesra disapa sebagai KJ telah membidas semula kata-kata bekas pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail dengan menyatakan bahawa segala kritikan yang dilontarkan beliau selama ini demi memajukan sukan bola sepak tanah air dan bukannya untuk membalas dendam kepada sesiapa yang berada di dalam kepimpinan persatuan berkenaan.

Dato' Siti Nurhaliza

Dato’ Siti tegur kritikan YB Khairy Jamaluddin

Nampaknya teguran Menteri Belia dan Sukan kepada Datuk Jamal itu telah mencuri tumpuan penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza.

Menerusi laman sosial penyanyi tersebut, Dato’ Siti secara terang-terangan menegur Khairy Jamaluddin di laman Twitter rasminya.

Dato' CT

Khairy Jamaluddin

Khairy Jamaluddin dikatakan lantang bersuara terhadap FAM

Status tersebut bagaimanapun telah menarik perhatian beberapa pengikut laman sosial Dato’ Siti, di mana rata-rata peminat menyokong kata-kata penyanyi itu.

Dato' CT 2

Namun begitu, ada juga peminat yang tidak bersetuju dengan teguran yang diberikan oleh Dato’ Siti kepada Khairy. Bagi mereka kritikan yang dilakukan oleh KJ adalah satu tindakan yang wajar dan meminta agar penyanyi nombor satu negara itu memohon maaf kepada menteri tersebut.

Oleh kerana terlalu banyak spekulasi yang timbul, Dato’ Siti akhirnya menegaskan bahawa tujuan utama beliau berkongsi status tersebut bukan ingin melibatkan diri dalam hal politik, tetapi sekadar menyuarakan pendapat beliau sebagai seorang rakyat biasa.

SKIP THIS AD ×