berita

Lapor Hisap Vape Dekat Cikgu, 3 Pelajar Dipukul Sekumpulan Senior Hingga Gegendang Telinga Pecah

August 30th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Tiga pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah harian berasrama di Chukai, Terengganu mendakwa dipukul dan dibuli oleh sekumpulan senior gara-gara melaporkan tindakan mereka memiliki dan menghisap vape dalam kejadian 23 Ogos lalu.

Dipukul sampai gegendang telinga pecah

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman iaitu Superintendan Hanyan Ramlan, pada 27 Ogos lalu, pihaknya telah menerima laporan daripada ketiga-tiga mangsa yang berusia 13, 14 dan 15 tahun. Mangsa yang berusia 14 tahun mendakwa dipukul sehingga menyebabkan gegendang telinga kanannya pecah serta lebam di badan.

Pada tarikh sama, dua lagi pelajar berusia 13 dan 15 tahun hadir ke Balai Polis Chukai turut membuat aduan mereka dipukul sehingga lebam di badan. Kesemua mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kemaman untuk rawatan dan dirawat sebagai pesakit luar.

Difahamkan, insiden tersebut dipercayai berpunca akibat perasaan tidak puas hati pelajar senior terbabit dengan tindakan ketiga-tiga mangsa yang melaporkan kepada guru berkaitan perbuatan mereka (senior) memiliki dan menghisap vape.

Susulan daripada laporan yang diterima, seramai 11 orang pelajar yang berusia 13 hingga 16 tahun telah ditahan reman selama empat hari sehingga 1 September depan. Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×