berita

Lapor Salah Laku Seksual Pengetua, Wanita Maut Dibakar Penyerang Berburka

April 12th, 2019 | by faris
Kini Trending

Seorang pelajar tahfiz wanita maut setelah disimbah minyak tanah dan dicucuh api oleh sekumpulan wanita. Mangsa, Nusrat Rafi, meninggal dunia di sebuah hospital di Dhaka, Bangladesh Rabu lalu selepas dirawat kerana kecederaan melecur teruk.

Nusrat dipercayai diserang sekumpulan pelajar wanita dalam satu serangan di sekolahnya, Sabtu lalu.

Melecur 80%

Serangan ke atas Nusrat itu berlaku selepas mangsa dan keluarganya membuat laporan polis terhadap serangan seksual didakwa dilakukan pengetua sekolahnya. Ibu Nusrat, Shirin Akter tidak dapat menyembunyikan rasa sebak apabila menerima berita sedih itu.

Mereka bunuh anak saya. Kami mahukan keadilan.

Nusrat melecur 80% dengan separuh daripadanya diklasifikasikan melecur teruk, menurut pegawai perubatan bertugas.

Isnin lalu, Perdana Menteri Sheikh Hasina mengarahkan Nusrat diberi rawatan terbaik dan akan dihantar ke Singapura untuk rawatan lanjut. Beberapa jam kemudian, mangsa diberikan bantuan pernafasan dan keadaan itu tidak memungkinkan dia dihantar Singapura.

Adik akan protes

Adik mangsa, Mahmudul Hasan yang menemani Nusrat ke sekolah berkata, seorang individu berburka memaklumkan Nusrat rakannya telah dipukul di bumbung bangunan.

Sampai di sana, 4 orang individu berburka menyuruhnya menggugurkan laporan kesalah seksual terhadap pengetua sekolah. Suspek kemudian menyimbah mangsa dengan minyak tanah. Ujar Mahmudul, dia akan tetap dengan pendiriannya memprotes kejadian itu.

Saya akan teruskan protes, saya akan adukan kepada perdana menteri.

Menurut setiausaha Hasina, Ihsanul Karim mengesahkan perdana menteri telah mengarahkan penangkapan mereka yang terlibat. Setakat ini 7 orang dicekup, termasuk pengetua sekolah itu.

Sumber: BenarNews

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×